Kantoi !!! Cara Menteri jawab macam tak dapat perkenan Agong, kata Anwar

Menteri

Cara Menteri jawab macam tak dapat perkenan Agong. Anwar Ibrahim berkata, melihat kepada cara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan, menjawab isu pembatalan ordinan darurat, pembangkang sangat yakin langkah tersebut belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ahli parlimen Port Dickson itu berkata Takiyuddin (PAS-Kota Bharu) itu juga kelihatan cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan ahli parlimen pembangkang dengan berselindung di sebalik Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun.

Tapi dalam perkara ini saya tidak mahu krisis ini berterusan, bukan krisis antara kerajaan dan pembangkang tetapi krisis kerajaan dengan institusi lain.

“Kalau tengok cara menteri jawab, saya pasti 100 peratus belum ada perkenan Agong (untuk pembatalan ordinan darurat), dan kalau itu tidak (berlaku), apa maknanya?” kata Anwar.

Menteri

Terdahulu sidang Dewan Rakyat sesi pagi ini menjadi panas dengan isu sama ada pembatalan ordinan darurat yang diumum Takiyuddin semalam sudah dimaklumkan dan diperkenan Agong atau tidak.

Takiyuddin dilihat mengelak daripada memberikan jawapan kepada isu tersebut dengan berhujah, Azizan memperuntukkan masa pada Isnin ini untuk dia menjawabnya.

Semalam setiausaha agung PAS itu mengejutkan ramai orang apabila memaklumkan kepada parlimen, enam ordinan darurat sudah dibatalkan sejak 21 Julai lalu.

Tak perlu berdolak-dalik

Anwar berkata apa yang diumumkan Takiyuddin itu dianggap mengelirukan Dewan Rakyat dan Azizan sepatutnya tidak boleh membenarkan dirinya terlibat dalam isu tersebut.

“Sebab itu yang kita minta daripada speaker hanya satu, yang kecil (saja), kerana menteri kata dia boleh jawab tapi speaker tak beri (izin) jawab. Speaker kata Isnin.

“Jadi saya nak speker putuskan agar benarkan menteri menjawab hari ini.

“Kalau itu pun speaker tak sanggup, saya dukacitalah. Ada masalah besarlah kita dengan speaker, kalau begitu,” katanya.

Terdahulu seorang demi seorang ahli parlimen Pakatan Harapan serta Warisan berdiri mendesak agar Takiyuddin memberikan penjelasan sama ada pembatalan berkenaan sudah diperkanankan pihak istana atau tidak.

Antara yang bangun lebih awal ialah Gobind Singh Deo (PH-Puchong) RSN Rayer (PH-Jelutong), Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) dan Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna).

Bangkit mempertahankan tindakan kerajaan itu, Takiyuddin menegaskan sebarang penerangan berhubung perkara itu hanya akan dibuat pada Isnin depan seperti yang ditetapkan Azhar semalam.

Kata Anwar, Takiyuddin tidak perlu berdolak-dalik tentang keputusan yang secara jelas belum mendapat perkenan Agong.

“Perkara spesifik begini tidak boleh jawab, kalau Yang di-Pertuan Agong perkenan saya percaya semalam lagi dia (Takiyuddin) jawab,” katanya.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/584701

jika Terlepas: Ketua Pengarang portal CodeBlue disiasat Polis

COMMENTS

Wordpress (0)