Kanak-kanak 5 tahun maut dilanggar jip dipandu lelaki 69 tahun

Lelaki

Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dilanggar kenderaan jenis jip di hadapan rumahnya di Lorong Semarak 2A/6, Taman Semarak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Peter Umbuas berkata mangsa, Nuh Muhammad Dzulqarnain Asman, 5, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tawau.

Katanya, dalam kejadian pada jam 4.20 petang itu, pemandu berusia 69 tahun bersama isterinya dalam perjalanan ke rumah sepupu mereka untuk menghantar barang.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba pemandu terdengar suara kanak-kanak berteriak dan terus memberhentikan kereta.

“Pemandu mendapati seorang kanak-kanak lelaki terbaring dalam keadaan cedera parah berhampiran tayar hadapan sebelah kanan jip berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau berbahaya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/12/ajal-kanak-kanak-dilanggar-depan-rumah/

COMMENTS

Wordpress (0)