Kanada lapor kematian pertama ekoran suntikan vaksin AstraZeneca

Kanada lapor kematian pertama ekoran suntikan vaksin AstraZeneca

KANADA pada Selasa melaporkan kematian pertama kesan daripada masalah pembekuan darah selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca.

Negara itu sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya lima kes pembekuan darah setelah diberi suntikan vaksin.

Kes melibatkan seorang wanita berusia 54 tahun di Quebec.

Namun, perkhidmatan kesihatan negara umum akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca.

Ini kerana, ia mengambil kira manfaat vaksin melebihi risiko.

Kes kematian ini bagaimanapun tidak akan mengubah pelan vaksinasi di Kanada.

Menteri Kesihatan Quebec Christian Dubé menyatakan, wilayah itu telah memberi vaksin AstraZeneca kepada sekitar 400,000 orang.

Ketika berdepan dengan gelombang ketiga COVID-19, beberapa wilayah di Kanada termasuk Ontario yang mempunyai populasi terbesar menawarkan vaksin AstraZeneca kepada individu berusia 40 tahun dan ke atas

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-dunia/vaksin-astrazeneca-kematian-pertama-di-kanada-susulan-pembekuan-darah-295408