Setiausaha akhbar Mahathir ‘sound’ Muhyiddin

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau yang menubuhkan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) selepas dipecat oleh Najib Razak daripada Umno, bukannya Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausaha akhbar Mahathir, Adam Mukhriz Mohd Muhayeedin bagaimanapun membidas kenyataan itu dan mendakwa Muhyiddin mungkin antara individu yang menubuhkan Bersatu, namun beliau tidak lebih hanya sebagai “kontraktor” yang menurut perintah ketuanya, Dr Mahathir Mohamad yang merupakan “arkitek” sebenar di belakang parti itu.

Menurut FMT, Adam menegaskan terdapat perbezaan besar antara individu yang merancang dan individu menggerakkan.

Kamu hanya ‘kontraktor’, Dr M ‘arkitek’ Bersatu

Menerusi lama Facebooknya, Adam berkata, “Jadi, mungkin betul Muhyiddin kata dia tubuhkan Bersatu tetapi ada beza antara arkitek dan kontraktor.

“Muhyiddin hanyalah kontraktor yang pasang batu bata, tapi Mahathir tetap arkiteknya. Arkitek dah ‘plan’ cantik, kontraktor buat tak ikut plan. Pergi jual kontrak kat orang lain.”

Mengulas lanjut, Adam turut mendedahkan ketika Muhyiddin dipecat daripada Umno pada 2015, Mahathir sudah pun memulakan jelajah untuk menceritakan keburukan pemerintahan Najib.

Mahathir kemudian mengetuai Deklarasi Rakyat Malaysia pada 2016 untuk diberi kepada Raja-raja Melayu bagi menyembah maklum mengenai kesalahan Ahli Parlimen Pekan itu.

“Kemudian apabila Deklarasi Rakyat tidak memberi impak yang diharapkan dan pilihan raya akan diadakan, Tun M ambil keputusan tubuh parti baharu, namun ditolak Muhyiddin kerana mahu bersara daripada dunia politik.

‘Saya dah jadi TPM, nak apa lagi’, ujar Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ketika itu, menurut Adam.

Mahathir kemudian meminta Muhyiddin mempertimbangkan keputusannya itu dengan mendesak beliau meletakkan maruah negara sebagai asas untuk bangkit melawan kerakusan Najib.

Bukan itu sahaja, Adam turut mendedahkan, selain Muhyiddin, Mahathir turut memanggil Shafie Apdal yang kini Presiden Warisan; Presiden Putra Ibrahim Ali dan Mukhriz Mahathir ke rumahnya untuk menubuhkan sebuah parti Melayu dan Bumiputera.

“Ibrahim Ali tak bersetuju untuk bekerjasama dengan DAP waktu tu manakala Shafie Apdal berpendapat beliau akan fokus di Sabah.

“Muhyiddin diarahkan Tun untuk ‘set up’ parti baharu yang kemudiannya dinamakan Bersatu. Walaupun masa itu ada usaha untuk hanya nak bagi Tun M sebagai penasihat sahaja bukan pengerusi, Tun M akhirnya menjadi Pengerusi Bersatu dengan nombor ahli 0000001. Muhyiddin 0000002,” dedahnya.

“Nak sangat ‘claim’ pengasas, ambillah Tun M tak heran. Jawatan PM pun Tun M tak heran,” kata Adam.

BACA JUGA : Muhyiddin tegaskan beliau yang tubuhkan Bersatu, bukannya Mahathir
PRN Melaka : Bilik gerakan PN di Telok Mas ditutup kerana COVID-19, kompaun RM10,000

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] Setiausaha akhbar Mahathir ‘sound’ Muhyiddin […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Setiausaha akhbar Mahathir ‘sound’ Muhyiddin […]