Kami sedia terima Tun Mahathir jika beliau dan pengikutnya ingin sertai PN – Hamzah

Kami sedia terima Tun Mahathir jika beliau dan pengikutnya ingin sertai PN – Hamzah

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional sedia menerima pengikut baharu ke dalam gabungan itu sekiranya bekas pengerusi parti, Dr Mahathir Mohamad, mahu menyertai mereka, tapi tanpa sebarang syarat.

Lagipun, perlembagaan Bersatu tidak melarang penyertaan Mahathir, yang terlucut keahlian pada Jun tahun lepas kerana memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan selepas parti keluar gabungan itu.

“PN menerima sesiapa (yang) mahu ikut segala perkara dalam perlembagaan (parti) dan tanpa apa-apa syarat. Bebas (untuk) sesiapa menyatakan pandangan, masuk atau keluar (parti),” katanya pada sidang media.

Hamzah mengulas kenyataan Mahathir dalam temubual Malaysiakini, mendakwa ada usaha untuk membawa beliau menyertai PN namun tidak berjaya.

Mahathir berkata usaha itu gagal kerana beliau enggan bekerjasama dengan beberapa watak yang menyokong pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Namun, keadaan mungkin berbeza jika watak berkenaan tiada dalam PN, katanya menurut laporan itu.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/15/dr-m-mahu-sertai-pn-sedia-terima-pengikut-baharu-tapi-tanpa-syarat-kata-hamzah/