Kami pun nak tahu apa penjelasan Pas sertai PN – Asyraf Wajdi

Kami pun nak tahu apa penjelasan Pas sertai PN – Asyraf Wajdi

Ketua Pemuda Umno meminta Pas memberikan tumpuan dahulu kepada PRN Sabah berikutan permintaan parti itu untuk Umno menyatakan pendirian berhubung isu sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Pas dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Dato Takiyuddin Hassan mendesak Umno menyatakan pendirian berhubung isu sokongan terhadap Anwar. Pas menganggap jika dakwaan itu benar maka Umno telah mengkhianati piagam yang telah terbentuk sebelum ini antara 2 parti tersebut.

Sebagai respons segera, Ketua Pemuda Umno Dr Asyaraf Wajid menulis di laman FB : “Fokus PRN Sabah dahulu, minggu hadapan dalam Mesyuarat Induk Muafakat Nasional SECARA TERTUTUP, pimpinan boleh dapatkan penjelasan atas semangat Musyawarah dan Ukhuwwah.”

Tambah beliau lagi “Sama-sama perlukan penjelasan termasuk penyertaan PAS sebagai salah satu komponen parti dalam Parti Perikatan Nasional. InsyaAllah UMNO tidak pernah membelakangi PAS jauh sekali untuk mengkhianati prinsip bersama sebagaimana yang digariskan dalam Piagam Muafakat Nasional.”

Ketidakpuasan hati segelintir pemimpin Umno terhadap Pas muncul setelah parti itu secara dia menjadi parti rasmi yang membentuk Perikatan Nasional sedangkan Umno mengambil sikap tidak bersama gabungan tersebut.

Pertembungan kedua parti ini mula membahang apabila isu agihan kerusi yang menyaksikan Pas terpaksa menyerahkan semua kerusi tradisinya di Sabah kepada parti sekutu lain termasuk MCA dan Pas tidak bertanding walau satu kerusi.

Ini menjatuhkan air muka parti yang berusia lebih 60 tahun itu kerana parti serpihannya yang digelar parti ‘nyamuk’ mampu mendapatkan kerusi di Sabah dalam PRN kali ini.

Sumber :