“Kalau taat parti letak jawatan aje lah”, Khairy kena sekolah

parti

“Kalau taat parti letak jawatan aje lah”, Khairy kena sekolah.Khairy Jamaluddin tidak perlu menjadikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai “kambing hitam” untuk menolak keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT), yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

Ahli MKT Umno, Puad Zarkashi, berkata Ahli Parlimen Rembau itu juga tidak perlu mencari alasan dengan mendedahkan beliau “ada masalah kepercayaan” terhadap Zahid untuk kekal sebagai menteri dalam kerajaan PN.

“Sebenarnya Khairy menjadikan Zahid sebagai ‘kambing hitam’ untuk menolak keputusan MKT. Khairy mencari alasan untuk kekal sebagai menteri dan sokong kerajaan PN.

“Justeru Khairy perlu akur, mengingkari keputusan parti hanya memecah-belahkan parti. Jangan bersikap ‘blaming the victim’. Zahid jadi mangsa untuk tolak keputusan parti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Khairy semalam, bahawa dia “ada masalah kepercayaan” terhadap Zahid.

parti

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pada Oktober tahun lalu, Zahid mengutuskan satu surat kepada Yang di-Pertuan Agong atas nama Presiden Umno yang memberikan sokongan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Sedangkan saya tidak pernah dirujuk, ditanya oleh presiden, jauh sekali saya memberi kebenaran kepada presiden untuk menggunakan nama saya.

“Macam mana saya nak percaya presiden macam ni?,” kata Khairy.

Puad berkata, Khairy tidak perlu berdolak-dalik apabila mengatakan beliau taat kepada parti tetapi tidak percaya kepada Presiden Umno.

“Kalau dia tidak percaya presiden, maka itu bukan tiket untuk dia tidak patuh keputusan parti. Kalau betul dia taat kepada parti, sila buat pengakuan terbuka, bahawa dia akan tarik sokongan kepada Perdana Menteri dan sedia letak jawatan sebagai menteri.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/09/tak-perlu-jadikan-zahid-kambing-hitam-kalau-taat-sila-letak-jawatan-puad-bidas-kj/

BACA: Gara-gara telur penyu, dua ke tali gantung