Kalau nak darurat daruratlah, tapi tak kan nak tanya pun tak boleh

Peringatan penting dari Timbalan Speaker.

Paling susah menjadi menteri atau timbalan menteri ialah “menjawab” di Parlimen.

Sebab di Parlimen semuanya dicatat dan mesti bercakap benar. Mesti berfakta, teratur dan berhemah. Di situ kita dinilai. Tak boleh salah. Kalau bohong ada tindakan tertentu yang akan dihadapi.

Bila negara berdepan krisis atau bencana, lagi banyak soalan yang nak dijawab. Kerja Ahli Parlimen bertanya. Yang biasa kita nampak hanya di Dewan utama, tetapi banyak lagi soalan2 lain yang lebih detail di peringkat JK Parlimen dalam pelbagai bidang.

Kalau nak darurat daruratlah. Tapi tak kan nak tanya pun tak boleh?

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)