Kalau kabinet yang nasihat Agong buat apa lantik kami?, tanya ahli JK Khas Darurat

Kalau kabinet yang nasihat Agong buat apa lantik kami?, tanya ahli JK Khas Darurat

Bagi saya ini satu penghinaan kepada saya sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang diperkenan oleh Yang DiPertuan Agung .

Kalau Yang DiPertuan Agung bertindak untuk sambung atau tamatkan darurat atas nasihat Kabinet, soalan saya kepada Menteri kenapa melantik kami dan sekarang menafikan peranan kami semua?

Adakah Menteri merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri mengenai peranan JK Bebas Darurat? Saya minta Menteri jelaskan apa sebenarnya peranan JK Bebas Darurat ini.

Mengapa menteri-menteri PN suka buat kenyataan yang bercanggah dan flip flop yang boleh mengelirukan rakyat?

Saya fikir mungkin kerana Parlimen tidak dibenarkan bersidang maka tidak ada semak dan imbang dan menteri boleh membuat keputusan sesuka hati sahaja.

Sebelum ini sorang menteri dah tutup pintu depan tapi ada pula menteri lain yg buka pintu belakang akibatnya jumlah mangsa Covid 19 semakin bertambah dan tempoh PKP 3 terpaksa disambung lagi 2 minggu

Sumber :