Kalau depa jadi PM, orang Islam pun depa suruh mengucap balik

Kalau depa jadi PM, orang Islam pun depa suruh mengucap balik

Dulu depa kempen BMF bermaksud bantu perniagaan produk Muslim. Sentimen semakin HOT, depa kempen boikot pulak perniagaan orang Cina.

Kelam kabut Covid-19 kononnya kena lockdown, tak kira Melayu, tak kira lebai dan haji pakat serbu supermarket milik orang Cina sambil berebut bertolak-tolak dan kelahi sebab pelanggan lain potong queue.

Kini depa kempen pula supaya BOIKOT perniagaan milik Muslim yang kritik tok guru depa kerana yang kritik itu tak sama warna bendera..

Memang tepat gelaran Mewa untuk depa. Kerana politik, jadi tak ketahuan hala. Kerek pulak tu bila dah dapat kuasa.

Aku ingat kalau Tok Guru depa jadi PM, barangkali orang Islam yang dah sedia mengucap depa paksa suruh mengucap, lawan saja ~ mung kapirrrr..!