“Kalau dah jodoh, tak kemana”, Berpisah 10 tahun, wanita ini kahwin semula dengan bekas suami sekali ini respon anaknya.
Begitulah kisah wanita ini yang mana perkahwinannya hanya bertahan selama lebih setahun dan selepas 10 tahun dia ditakdirkan kembali bersatu dengan bekas suami.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 180,000 tontonan kurang dari 24 jam.
Mengimbas kisah lama mengenai dirinya, Wan Arnie Wan Yusoff berkata, dia berkahwin pada Januari 2009, namun berpisah pada 2011 disebabkan pihak ketiga.
Wanita berusia 37 tahun itu memberitahu, dia kemudian hidup berdua bersama anak lelakinya yang ketika itu masih kecil dan kini sudah berusia 11 tahun.
Arnie berkahwin pada 2009 sebelum berpisah pada 2011.
“Kami membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing tetapi masih bersikap profesional antara satu sama lain.
“Walaupun berpisah, bekas suami tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada anak saya termasuk pemberian nafkah dan meluangkan masa bersama anak,” katanya kepada mStar.
Lebih mesra disapa Arnie, katanya, selepas tahun kedua berpisah, dia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang juga begitu baik pada anaknya.
“Saya juga mendapat berita yang bekas suami telah menemui wanita lain dalam hidupnya, dan dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga pada 2018.
@arnieyusoffSelepas 10 tahun, kami bersatu kembali.. kuasa Allah SWT 🤲🏻
“Beberapa tahun sebelum itu dia ada juga berhasrat untuk mahu menjadikan saya sebagai isteri semula, tetapi saya dah ada boyfriend selain masih patah hati dengan perkahwinan sebelum ini,” ujarnya yang berasal dari Marang, Terengganu.
Arnie (kanan) bersama anak lelakinya.
Namun kata Arnie, dia kemudian mendapat khabar berita bahawa hubungan bekas suaminya dengan wanita pilihan hatinya itu tidak berpanjangan sebelum berkahwin.
Menurut eksekutif kanan di Shah Alam, Selangor itu, hubungan cintanya bersama jejaka pilihan selama lapan tahun juga tidak berkekalan dan berakhir pada 2019.
“Pada tahun yang sama selepas saya putus dengan boyfriend, bekas suami sekali lagi ajak saya untuk berkahwin semula. Jujurnya, saya langsung tak ada perasaan pada dia.
Teringat kata-kata seorang ustaz yang mengatakan bahawa jodoh saya kini adalah tepat pada masanya. Saya yakin dan percaya setiap aturan Allah
WAN ARNIE WAN YUSOFF
“Tapi sebelum ini saya pernah bertanyakan pada anak saya, sama ada dia nak saya berkahwin dengan boyfriend saya yang begitu baik dengannya atau kembali kepada ayahnya.
“Jawapan anak memang mengejutkan apabila dia kata sudah tentu mahu saya kembali kepada bekas suami saya kerana lelaki itu adalah ayahnya. Nampaknya anak saya masih berharap ibu dan ayahnya kembali bersama,” ujarnya.
Arnie (kanan) berkahwin semula dengan bekas suami pada 20 Mac lalu.
@arnieyusoff Alhamdulillah YaAllah SWT 🥺 10 tahun yg KAU uji, sebenarnya yg indah disebalik semua ni.. Reveal gender ni sempena 2nd anniversary… & ini selepas 3kali scan ditempat & doctor yg berbeza… (semua doctor excited bgtau kami yg twins ni sepasang 🥰) tetapi… Seandainya sebaliknya, kami tetap bersyukur.. Yg penting, sihat sempurna dah cukup bagi kami..@Mohd Redha ♬ original sound – MVM Music
Arnie berkata, terdapat hikmah di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan awal tahun lalu berikutan pandemik Covid-19 apabila pada Disember 2020, hatinya mula terbuka untuk disatukan kembali bersama bekas suami.
“Walaupun kita merancang apa yang kita nak, tapi Allah lebih baik rancanganNya untuk kita. Dan sakit hati macam mana pun, saya kena sedia untuk memaafkan.
“Saya perlu fikirkan kebahagiaan anak. Apa salahnya saya dan bekas suami bercinta selepas berkahwin demi anak,” tambahnya.
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah tiga beranak ini.
Katanya, urusan mereka untuk bernikah semula dipermudahkan dan disatukan kembali sebagai suami isteri pada 20 Mac lalu.
“Saya teringat kata-kata seorang ustaz yang mengatakan bahawa jodoh saya kini adalah tepat pada masanya. Saya yakin dan percaya setiap aturan Allah untuk hambaNya.
“Sekarang saya dapat melihat anak saya begitu gembira berbanding tahun-tahun sebelumnya. Saya bersyukur di sebalik kesedihan lalu. Saya minta agar semua mendoakan hubungan saya dan suami lebih baik dan berkekalan,” katanya.
BACA:
Tragedi pesawat terhempas ‘Double Six’ ada unsur sabotaj? Ini pendedahan laporan kejadian