Kakitangan sudah 100% divaksin, AirAsia sedia terbang semula

Kakitangan sudah 100% divaksin, AirAsia sedia terbang semula.AirAsia Group kini bersedia untuk kembali terbang dengan dibarisi kakitangan barisan hadapan yang telah divaksin sepenuhnya, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes.

Ini berserta langkah-langkah keselamatan tanpa sentuhan dan kebersihan yang tertinggi menjelang pembukaan perjalanan udara yang dijangka diumumkan dalam waktu terdekat, kata beliau.

“Kami bersedia untuk kembali terbang dan sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan yang ketat, kami mewajibkan semua kakitangan operasi dan barisan hadapan seperti juruterbang, kru kabin dan kakitangan lapangan terbang divaksin sepenuhnya sebelum kembali bertugas,” kata Fernandes dalam satu kenyataan.

Beliau menambah dengan protokol kesihatan dan kebersihan yang ketat serta prosedur operasi standard yang mantap, keseluruhan perjalanan para penumpang akan lebih terjamin apabila mereka kembali terbang bersama AirAsia nanti.

Kakitangan

“Lebih daripada 50 negara di seluruh dunia telah mula membuka pintu kepada para pelancong yang telah divaksin. Selaras usaha mempercepatkan proses vaksinasi di ASEAN, kita berharap negara-negara ini akan melonggarkan sekatan perjalanan terhadap para pelancong yang telah divaksinasi untuk perjalanan domestik dan antarabangsa serta meneruskan rancangan gelembung perjalanan.

“Dengan proses vaksinasi yang agresif di semua pasaran utama, berserta ujian saringan yang semakin dipertingkat dan penyebaran maklumat yang lebih tepat, kemelut pandemik ini semakin jelas menuju penghujungnya dan saya yakin kita akan dapat kembali terbang dalam beberapa minggu lagi. Apa yang paling penting, kami telah bersiap sedia sepenuhnya untuk berlepas,” katanya.

Menurut kenyataan itu, keselamatan kakitangan dan tetamu adalah keutamaan AirAsia Group, menjadikannya salah sebuah syarikat penerbangan pertama di dunia yang menerima pengiktirafan tertinggi 7/7 daripada pakar penerbangan di Airlineratings.com berikutan langkah-langkah keselamatan COVID-19 yang dilaksanakannya sejak pandemik bermula.

Bagi meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan tempoh prosedur di lapangan terbang, para tetamu AirAsia digalakkan untuk mendaftar masuk kendiri secara dalam talian melalui platform airasia super app dan menggunakan kemudahan daftar masuk bagasi automatik untuk mengelakkan bayaran perkhidmatan di kaunter.

AirAsia turut menyediakan pelbagai pilihan pembayaran secara digital dan menerima pas masuk elektronik di semua lapangan terbang.

Kemudahan daftar masuk kendiri baharu membolehkan para tetamu mengesahkan dokumen perubatan dan kesihatan yang diperlukan secara automatik dalam talian sebelum mereka menuju ke lapangan terbang.

AirAsia juga dalam proses untuk melancarkan teknologi pengecaman wajah biometrik di lapangan terbang utama, bermula dengan klia2 dalam masa terdekat.

AirAsia turut mengintegrasikan sistem daftar masuk melalui airasia super app dengan aplikasi kesihatan digital MySejahtera oleh kerajaan Malaysia untuk menjadikan prosedur daftar masuk kendiri lebih mudah dan lancar.

“Di sebalik semua ketidakpastian berikutan COVID-19, saya yakin kami akan kembali terbang dengan model perniagaan lebih luas dan berdaya maju yang tidak hanya bergantung pada tambang penerbangan sahaja kerana transformasi digital kami untuk menjadi super app pilihan Asean semakin menjadi kenyataan,” tambah Fernandes.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-bisnes/airasia-sedia-kembali-terbang-dengan-tahap-keselamatan-kebersihan-tertinggi-316119

BACA: Panas !!! Tak nak vaksin : PU Syed sekolahkan Suhaimi Saad