Kaki nyaris putus gara-gara berebut parkir, puncanya…

Kaki nyaris putus gara-gara berebut parkir, puncanya…

Berebut parkir dan mabuk disyaki punca berlakunya pergaduhan melibatkan kira-kira 20 lelaki di Blok B Flat Impian Baiduri, Sungai Way di sini malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 11 malam itu, salah seorang lelaki nyaris putus kaki akibat ditetak dengan parang dalam pergaduhan besar itu.

Terdahulu, tular video pergaduhan sekumpulan lelaki tersebut di laman Twitter yang mana mereka menyerang antara satu sama lain, bahkan ada yang menggunakan parang.

Dalam kejadian itu, beberapa buah kereta dan motosikal milik penduduk yang diparkir di hadapan flat turut dirosakkan dan cermin juga dipecahkan.

Bahkan kesan darah milik mangsa yang cedera turut kelihatan di tangga kediaman tersebut hingga menyebabkan penduduk dalam ketakutan.

Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, kejadian itu dipercayai berlaku apabila salah seorang lelaki itu berebut parkir kenderaan.

Katanya, lelaki yang dalam keadaan mabuk itu mula naik angin hingga berlaku perbalahan besar.

“Bagaimanapun kejadian itu berakhir sebaik polis dari Balai Sungai Way tiba di kawasan flat berkenaan tidak lama kemudiannya,” ujarnya.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/03/12/angkara-berebut-parkir-kaki-seorang-lelaki-nyaris-putus/