Kakak Siti Nurhaliza bernikah kali ketiga

Penyanyi Siti Saida Tarudin atau Saida, 44, kini bergelar isteri buat kali ketiga selepas melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya dikenali Aizal, hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 42, juga adik kepada Saida di Instagram rasmi miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Siti mendoakan agar perkahwinan baharu kakaknya akan kekal hingga ke akhir hayat.

Kakak Siti Nurhaliza bernikah kali ketiga

Saida dan suaminya, Aizal.

“Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan kakak kesayangan saya Siti Norsaida Tarudin bersama pasangannya.

“Doa adikmu agar bahagia hingga ke Jannah. Terima kasih suamiku hadir bersama walaupun Subuh tadi dah keluar menyertai pertandingan kayuhan lasak MTB di Putrajaya. Love you darling,” tulisnya di Instagram.

Menerusi perkongsian foto di Instagram Story Siti juga, Saida kelihatan anggun mengenakan gaun kembang berwarna putih, manakala suaminya segak memakai sut bercorak warna hitam.

Lebih mengujakan, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan daripada anak saudaranya mereka juga penyanyi cilik, Umairah.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro cuba menghubungi Saida bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkahwinan ketiganya itu masih belum berjaya.

Terdahulu, Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.

Kemudian Saida berkahwin untuk kali kedua pada 2016 bersama ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat, 41. Namun, tidak dapat dipastikan tentang perceraiannya dengan suami kedua itu.

BACA JUGA : Azeez mohon peruntukan RM100 juta atasi banjir di Baling
Gempar !!! Bos tak bagi cuti, staff letak jawatan beramai-ramai

Artikel ini disiarkan pada 13/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)