Kak KM ‘berpeluh’ bekas teman lelaki tengok live, siap bagi gift TikTok

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Usahawan sensasi, Kak KM, menjadi tidak keruan apabila bekas teman lelakinya,

Rizal, tiba-tiba menyertai sesi siaran langsung bersama para pengikutnya baru-baru ini.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @caramelmachiato, kelihatan Kak KM gagal menyembunyikan rasa terkejutnya.

Dia turut mengakui bahawa tubuhnya berpeluh selepas menyedari kehadiran Rizal dalam siaran langsung tersebut.

“Panasnya, berpeluh kita bila bekas teman lelaki masuk dalam live,” ujar Kak KM dalam nada berseloroh.

Kak KM ‘berpeluh’ bekas teman lelaki tengok live, siap bagi gift TikTok

Malah, dia turut sempat bergurau dengan menyembur minyak wangi di leher sambil bertanya sama ada Rizal masih mengingati bau wangian itu, membuatkan suasana siaran langsung menjadi lebih mencuit hati.

@sayasukamilktea Replying to @. #kakkmbukanbiasa2 #kakKM #selebritiviral ♬ original sound – Caramelmachiato – sayasukamilktea

Di ruangan komen, reaksi netizen berbelah bahagi. Ada yang terhibur dengan gelagat Kak KM, namun tidak kurang juga yang bimbang akan perasaan suaminya setelah video itu tular.

Kak KM Kekal Dominan dalam Rumah Tangga

Terdahulu, Kak KM, atau nama sebenarnya Liana Rosli, pernah berkongsi pandangannya bahawa seorang isteri perlu bersikap dominan untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Menurut anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini, sikap tersebut merupakan antara kunci kebahagiaan rumah tangganya yang telah bertahan selama 22 tahun.

BACA: ‘Hidup susah mati pun susah’ Watak apek dalam filem P.Ramlee rupanya melayu!