Kajian menunjukkan PH masih berpotensi menang PRU-15

Kajian menunjukkan PH masih berpotensi menang PRU-15

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh dua organisasi media, Sinar Harian dan Sin Chew Daily, Pakatan Harapan dijangka akan membentuk semula kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang jika ia diadakan dalam masa terdekat.

“Di Semenanjung PH++ boleh dapat dalam 98 kerusi, tambah dalam 17 kerusi dari Sabah dan Sarawak.

“PH++ boleh dapat sehingga 115, cukup untuk bentuk kerajaan pusat walaupun tanpa sokongan Warisan,” kata penganalisis berkenaan berdasarkan kajian itu.

Data sokongan kepada parti-parti politik berdasarkan kajian yang dibuat oleh Sinar Harian dan Sin Chew Daily baru-baru ini.

Kajian yang dibuat oleh Sinar Harian dan Sin Chew Daily itu mendapati, tiga parti Pakatan Harapan akan mendapat sokongan sehingga 34.05 peratus undi, iaitu yang tertinggi dalam gabungan parti-parti yang ada.

Dalam kajian itu, PKR dikatakan akan mendapat 14.41 peratus, DAP (12.06) manakala AMANAH pula 7.58 peratus.

POPULARITI AMANAH SAMA DENGAN PAS

Yang menariknya, populariti AMANAH adalah sama sahaja dengan parti induknya Pas yang mendapat 7.58 peratus undi juga.

Dalam kajian yang dibuat oleh Sinar Harian dan Sin Chew Daily itu juga, gabungan PN tanpa Umno (Bersatu, Pas, Gerakan dan GPS) pula akan mendapat 16.34 peratus sahaja.

Barisan Nasional (Umno – 10.46), MCA – 2.66 dan MIC – 1.22) pula akan mendapat 14.54 peratus undi sahaja.

Ini bermakna, jika digabungkan antara undi PN dan BN, jumlah peratusan undi yang mereka perolehi hanya 30.88 peratus sahaja, lebih rendah dari PH.

Apatah lagi kalau kedua-dua mereka, Umno dan Bersatu tidak boleh bekerjasama dan berlaku pertandingan tida penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.

Dari survei Sinar dan Sin Chew Daily itu juga didapati populariti Pas jatuh mendadak dari sekitar 20 peratus pada PRU14 jatuh ke sekitar 10 peratus sahaja.

Berdasarkan data itu, seorang pengkaji meramalkan, keputusan pilihan raya umum akan datang jika diadakan dalam masa terdekat tidak banyak beza dengan PRU 14 lalu.

“Sekiranya parti-parti dalam kerajaan PN sekarang kekal bergabung, MN + PN mereka masih boleh dapat dalam 67 kerusi di Semenanjung + 11 kerusi dari Sabah menjadikan mereka akan mendapat 78, iaitu mengekalkan kebanyakan kerusi yang ada dan menjadi quite a respectable opposition.

“Tetapi kalau 3 penjuru mereka akan kalah teruk,” kata penganalisis itu berdasarkan kajian kedua-dua media itu.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/ph-akan-menang-pru-15-kata-data-kajian-sinar-dan-sin-chew/