Kaji balik pendekatan kerajaan tangani Covid-19, kata dewan perniagaan Jerman dan Jepun

Kaji balik pendekatan kerajaan tangani Covid-19, kata dewan perniagaan Jerman dan Jepun

Kaji balik pendekatan kerajaan tangani Covid-19, kata dewan perniagaan Jerman dan Jepun.  Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC) dan Dewan Perdagangan dan Industri Jepun Malaysia (Jactim) menyuarakan beberapa cadangan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, antaranya agar menyelaraskan satu pendekatan bersasar yang mesra perniagaan, serta menilai impak sekatan pada masa ini.

“Apa yang paling penting, perlunya komunikasi yang tekal dan jelas agar penguatkuasaan, perangkaan prosedur operasi standard dan rancangan pemulihan dibuat dengan baik,” menurut surat itu yang dilihat Malaysiakini.

MGCC berkata selepas pengumuman berkenaan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di hampir seluruh Selangor dan sejumlah kawasan di Kuala Lumpur, perubahan SOP telah mencetuskan kekeliruan di kalangan anggota mereka.

Dalam sepucuk surat bertarikh 8 Julai, MGCC menggesa kerajaan  menyelaraskan satu pendekatan bersasar yang memboleh syarikat melindungi pelaburan dan kakitangan, serta membuat perancangan untuk masa akan datang

kerajaan

“PKPD masih belum ditunjukkan dalam sistem CIMS 3.0 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) tetapi syarikat pembuatan bergantung kepada surat Miti untuk beroperasi dan membolehkan pekerja berulang alik ke tempat kerja dengan selamat.

“Dalam satu kes, klasifikasi perkhidmatan penting ditarik balik dalam masa sehari tanpa sebarang makluman atau penjelasan. Dalam kes lain, polis bertegas dengan surat Miti walaupun syarikat tidak termasuk di bawah bidang kuasa kementerian itu,” kata surat itu.

Kata MGCC lagi, anggotanya kian bimbang dengan kesan yang “keruntuhan” rantaian bekalan jika hanya sektor tertentu dibenarkan beroperasi tetapi industri pembekalan dilarang.

Kekhuatiran sama dikongsi Jactim yang antara lain mencadangkan perkhidmatan berkaitan pembuatan dibenarkan beroperasi agar tidak menjejaskan rantaian bekalan.

“Seperti yang kami tekankan dari awal, operasi industri pembuatan tidak boleh dilaksanakan kecuali rantaian bekalannya dan perkhidmatan berkaitan turut dibenarkan operasi.

“Malah, pengeluaran tidak boleh dimulakan jika bahan mentah yang diperlukan tidak boleh dibekalkan.

“Mustahil juga untuk terus menyimpan bahagian dan barangan yang dikilang di gudang tanpa membenarkan kegiatan eksport dan jualan diteruskan.

“Oleh itu, amat penting untuk membenarkan rantaian bekalan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan menyambung operasi selepas Fasa 1 (Pelan Pemulihan Negara),” kata surat itu yang bertarikh 6 Julai.

Kedua-dua pertubuhan itu turut membangkitkan keperluan menggiatkan program vaksinasi. Jactim turut menyuarakan penghargaan terhadap pelaksanaan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas).

Pada masa sama, kata Jactim, vaksinasi di Selangor juga perlu dipercepatkan memandangkan negeri itu merupakan penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan memainkan peranan penting dalam pemulihan ekonomi negara.

“Kami ingin memohon agar kerajaan persekutuan mengutamakan program vaksinasi untuk syarikat berpangkalan di Selangor, untuk memanfaatkan sepenuhnya program vaksinasi negeri dan juga Pikas,” katanya.

Jactim menerusi Yayasan Jactim akan menyumbang 50 kotak penyejuk khusus dan 10 deep freezer untuk program vaksinasi negara, katanya lagi.

Sementara itu, MGCC menggesa kerajaan untuk memulakan program vaksinasi swasta dan berkata anggotanya bersedia untuk mengeluarkan wang dan mengendalikan vaksinasi untuk kakitangan mereka.

Pada masa sama, pertubuhan itu risau berkenaan keselamatan ekspatriat dan keluarga mereka di Malaysia, kerana perkhidmatan kaunter di Jabatan Imigresen ditutup sejak penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

“Ini bermakna tiada pelekat pas boleh dikeluarkan dan banyak perkhidmatan lain yang memerlukan orang pergi ke kaunter tidak boleh dilakukan,” katanya.

Ada ekspatriat yang bekerja dengan syarikat anggota telah menunggu temu janji sejak Februari lalu untuk urusan itu, katanya lagi.

Sementara itu, Jactim juga meminta semua industri segera dibenarkan kembali beroperasi dengan sekurang-kurangnya 10 peratus tenaga kerja di Selangor, seperti ketika PKP pertama.

Katanya, ini kerana lebih 40 peratus daripada kira-kira 1,500 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia terletak di Selangor dan begitu terkesan dengan PKPD.

Pertubuhan itu juga menggesa kerajaan membenarkan industri automotif serta industri besi dan keluli untuk juga kembali beroperasi, walaupun ketika Fasa 1 PPN.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/582657

Jika Terlepas: PM perlu selesai Covid-19, bukan fikir nak kekal kuasa – Najib