Kadar vaksinasi di Sabah dilapor turun mendadak, bekalan kurang

Kadar vaksinasi di Sabah dilapor turun mendadak, bekalan kurang

Kadar vaksinasi di Sabah dilapor turun mendadak, bekalan kurang.  Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, kekurangan bekalan vaksin Covid-19 antara faktor kadar vaksinasi di negeri itu turun secara mendadak hari ini.

Beliau ketika dihubungi berkata, hanya 7,299 dos vaksin diberikan hari ini berbanding 20,622 dos semalam.

Bagaimanapun, katanya, sebanyak 152,100 dos vaksin tiba di Sabah petang tadi dan 308,880 dos lagi dijadualkan tiba 28 Julai ini.

Masidi berkata, tiada suntikan dos pertama dan kedua untuk Fasa 1 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) diberikan hari ini, menjadikan keseluruhannya kekal 65,396 dos pertama dan 58,415 dos kedua.

vaksinasi

Katanya, sebanyak 5,488 suntikan dos pertama diberikan bagi Fasa 2 PICK hari ini, menjadikan keseluruhan 451,290 penerima dos pertama dan dos kedua sebanyak 1,782 penerima, dengan kumulatifnya kini mencecah 309,436 orang.

Beliau berkata, seramai 6,723 orang mendaftar untuk mendapatkan vaksin hari ini, menjadikan keseluruhannya 1,012,791 bersamaan 36.7%.

“Daripada jumlah itu, 931,045 orang mendaftar menerusi MySejahtera, 81,483 orang menerusi laman web dan 263 lagi menerusi talian vaksinasi.”

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/21/kadar-vaksinasi-di-sabah-turun-mendadak-tapi-bekalan-baharu-tiba-hari-ini/

Jika terlepas: Panas !!! Doktor kontrak bukak cerita mengapa letak jawatan 24 jam