Kadar siling hutang negara dinaikkan ke 65 peratus setelah lulus di parlimen

Kadar siling hutang negara dinaikkan ke 65 peratus setelah lulus di parlimen. Usul agar had siling hutang negara ditingkatkan daripada 60 peratus menjadi 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diterima sebulat suara di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata langkah itu diambil bagi membiayai perbelanjaan tambahan untuk Kumpulan Wang Covid-19 (KWC) dan juga rancangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Dia juga berkata kerajaan memutuskan untuk menaikkan paras siling hutang sekali lagi kerana negara kekurangan RM5 bilion untuk mencapai nilai ambang 60 peratus pada Sept.

BACA JUGA : Awas !!! Individu tak lengkap vaksin, anda mungkin ‘kantoi’ dengan polis jika rentas negeri

Pada tahun lalu kerajaan sudah menaikkan had hutang negara daripada 55 peratus menjadi 60 peratus tahun lalu.

“Berdasarkan kedudukan KWC sekarang ini, Kementerian Kewangan menjangkakan bahawa peruntukan tahun ini tidak mencukupi untuk membiayai pakej bantuan yang diadakan.

“Sebanyak RM60 bilion telah dibelanjakan dan baki hutang selebihnya pada akhir Sept hanya berjumlah RM5 bilion,” kata Zafrul ketika membentangkan bacaan kedua pindaan Langkah-langkah Sementara untuk Pembiayaan Kerajaan (Covid-19) (Pindaan) 2021.

BACA JUGA : 3 RUU dijangka bakal dibentang di Dewan Rakyat hari ini

Semasa ucapan penggulungannya kemudian, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa peningkatan siling hutang sebanyak 65 peratus itu akan berakhir secara automatik pada akhir 2022.

Namun, katanya, jika kerajaan berpendapat ada keperluan agar siling hutang dikekalkan berada pada paras 65 peratus selepas waktu itu, ia dapat dilakukan melalui pewartaaan Kementerian Kewangan.

“Tidak perlu membawanya kembali ke sini (parlimen),” kata Tengku Zafrul.

BACA JUGA : Panas !!! Bantuan sekolah tahfiz : Akhirnya ahli parlimen Pas puji Lim Guan Eng

Sebelum itu Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) bertanya apakah pindaan itu adalah tindakan bersifat sementara saja dan bila ia akan luput.

Tengku Zafrul juga memberi jaminan, pemerintah tidak mempunyai rancangan untuk meningkatkan lagi paras siling hutang negara melebihi 65 peratus.

Usul berkenaan akan dibawa untuk dibentang dan dibahaskan di Dewan Negara selepas ini sebelum diundi pula di peringkat berkenaan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/594993

COMMENTS

Wordpress (0)