Kadar Positif Malaysia telah meningkat dan kini melepasi saranan oleh WHO – Dr Dzulkefly

Kadar Positif Malaysia telah meningkat dan kini melepasi saranan oleh WHO – Dr Dzulkefly

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Penyediaan Vaksin Covid-19 (JKJAV) digesa segera bertindak mengambil langkah yang diperlukan untuk meningkatkan kadar ujian dan pemberian vaksinasi Covid-19 di seluruh negara susulan peningkatan kes yang dicatatkan mutakhir ini.

Suatu strategi yang lebih mapan perlu dikenalpasti dalam kadar yang segera selepas pelaksanaan PKP di semenanjung dan PKPB di Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan, terdapat penurunan 46% dalam saringan ujian yang dijalankan di seluruh negara dari 87,458 pada hari sebelum Hari Raya (12 Mei) kepada 47,480 pada Hari Raya ketiga (15/5). Kadar positif pada Hari Raya pertama adalah 5.78% dan ianya meningkat kepada 7.32% pada hari raya kedua, seterusnya meningkat lagi kepada 8.72% pada Hari Raya ketiga. Catatan ini jelas telah melewati saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu di bawah 5%.

Kadar Positif Malaysia telah meningkat dan kini melepasi saranan oleh WHO. Senario jelas menunjukkan hakikat bahawa kita tidak menjalankan ujian saringan yang secukupnya, yang juga bermaksud bahawa jumlah harian yang diperoleh tidak menggambarkan bilangan sebenar kes di lapangan.

Bilangan ujian saringan yang tidak mencukupi ini suatu petanda yang tidak baik bagi negara dan ianya telah dikaitkan dengan peningkatan kes koronavirus di seluruh negara, tatkala kita menyaksikan unit rawatan rapi (ICU) bagi rawatan pesakit Covid-19 semakin mencapai kapasiti penuh di seluruh Lembah Klang, Kelantan, Sarawak, Johor, dan Pulau Pinang, yang menatijahkan peningkatan kadar kematian kes baru-baru ini.

Hanya dengan meningkatkan keupayaan pengujian dan pengesanan kontak dengan ketara, dengan mengoptimumkan m tindak balas FTTIS digital serta pengesanan automatik yang melengkung, kita akan mengesan sejauh mana pembawa koronavirus yang terang-terangan dan senyap di dalam masyarakat sekali gus mengambil tindakan segera untuk mengenalpasti dan menjalankan isolasi terhadap kumpulan individu yang terkesan dengan kadar yang segera bagi mengelakkan penularan lebih luas dalam kalangan masyarakat.

Langkah susulan ini sangat penting dan sangat mencabar, kerana 89% kes Covid-19 yang dilaporkan antara 9 April-8 Mei adalah bersifat sporadik dimana senario ini menandakan bahawa virus tersebut telah menyebar secara meluas ke masyarakat.

Meskipun berdasarkan ujian saringan bersasar yang dijalankan di Selangor menunjukkan kadar kes positif yang tinggi, hakikatnya

ujian massa, pendekatan diagnosis pantas serta usaha-usaha lain yang dilaksanakan oleh STFC ini, telah membantu mengurangkan kadar kematian kes.

Kami mendesak agar pihak Kerajaan mengambil tindakan segera dengan menjalankan inisiatif penyaringan masyarakat secara besar-besaran dalam menggunakan RTK-Ag untuk pengawasan yang cepat seiring dengan pengesanan kontak secara automatik, melaksanakan pengasingan dengan kadar segera dengan apa jua pendekatan bahan dan dukungan psiko-sosial (FTTIS) yang difikirkan sesuai.

Adalah suatu yang sangat membimbangkan apabila program vaksinasi Kebangsaan di peringkat negeri Selangor berjalan dengan kadar yang sangat lembab. Data diperoleh menunjukkan Selangor hanya mengimunisasi 3.6% daripada populasi semasa dengan satu dos vaksin COVID-19, yang mana capaian ini 9 kali lebih perlahan daripada negara tetangga kita di Singapura iaitu 32.5%.

Jumlah ini sudah tentu sangat jauh daripada jangkauan 75.000 dos harian yang diuar-uarkan oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap pemberian vaksin menerusi kenyataan beliau pada 27 Jan 2021 atau 126.000 dos sehari yang disebut oleh Menteri Kesihatan pada 13 Feb yang lalu.

Justeru, kami menggesa supaya Kerajaan Persekutuan memberikan keutamaan kepada 2 tunggak penting dalam pengurusan pandemik Covid-19 ini:
1. Memperkasakan pendekatan FTTIS dengan kebolehan automasi digital yang lebih efektif dan pantas.

2. Mempergiatkan perlaksanaan pemberian Vaksin dengan skala lebih besar dalam usaha untuk tangani gelombang Ke-3 ini.

Hanya dengan cara sebegini, kita mampu mengatasi (outpace) kadar transmisi virus ini sekaligus membendung mutasi dan tidak lagi sekadar ‘mengekori dari belakang’ lantaran kenaikkan kes positif yang dicatat seharian.

Andainya kita gagal lakukan kesemua ini, maka kita akan terpaksa membuat pelbagai bentuk PKP yang tentunya akan meninggalkan kesan yang amat buruk kepada kehidupan rakyat, sekali gus menjejaskan ekonomi negara dan khasnya negeri seperti Selangor, yang menyumbang 25% KDNK kepada Kerajaan Persekutuan.

YB Dr Dzulkefly Ahmad – Pengerusi (Kuala Selangor)

YB Dr Lee Boon Chye (Gopeng)

YB Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching)

YB Dr Mohd Hatta Ramli (Lumut)

YB Sim Tze Tzin (Bayan Baru)

YB Dr Ong Kian Ming (Bangi)

YB Dr Siti Mariah Mahmud (Exco Kesihatan Selangor)

YB Dr Norlela Ariffin (Exco Kesihatan Pulau Pinang)

YB Veerapan Supramaniam (Exco Kesihatan Negeri Sembilan)

May be an image of text

Sumber: