Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara naik 5 hari berturut

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara naik 5 hari berturut

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara naik 5 hari berturut. Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia mencatat trend peningkatan lima hari berturut-turut.
Pada Ahad, ia naik kepada 1.15 berbanding 1.13 hari sebelumnya.

Empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Putrajaya catat kadar tertinggi dengan 1.31.

Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 ialah Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang, Sabah, Melaka dan Terengganu.
Seterusnya, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan.

Manakala empat negeri mencatat kadar kebolehjangkitan bawah 1.0 ialah Kelantan, Labuan, Sarawak dan Perlis.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-rnaught-negara-naik-lima-hari-berturutturut-putrajaya-tertinggi-307942

Jika Terlepas: Pas dakwa Presiden Umno rosakkan penyatuan ummah