Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara kembali naik
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara, atau R0 (disebut R-naught), kembali meningkat kepada 1.0 setakat semalam.
Ini menurut data dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook pagi tadi.
Kali terakhir R0 negara mencapai 1.0 adalah pada 5 Jun. Ia kekal bawah 1.0 sebelum mula meningkat semula pada 12 Jun.
Lima negeri mencatatkan R0 melebihi purata nasional, dengan Melaka mendahului pada 1.10.
Ia diikuti oleh Perak (1.08), Negeri Sembilan (1.07), Pahang (1.04) dan Selangor (1.02).
Negeri-negeri yang mencatatkan nilai R0 bawah purata nasional adalah Kuala Lumpur (0.99), Sarawak (0.95), Kedah (0.94), Perlis (0.94), Labuan (0.92), Johor (0.91), Putrajaya (0.90), Sabah (0.89), Penang (0.84), Kelantan (0.80) dan Terengganu (0.65).
Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/29/kadar-kebolehjangkitan-covid-19-kembali-naik-kepada-1-0/
Jika Anda Terlepas:Jika pekerja lengkap dua dos, syarikat boleh operasi penuh?