Jutawan kena tahan, rupanya dalang hasilkan filem porno

Jutawan kena tahan, rupanya dalang hasilkan filem porno

Jutawan kena tahan, rupanya dalang hasilkan filem porno.

Seorang ahli perniagaan India terkenal ditangkap atas dakwaan menghasilkan filem lucah di negara itu.

Lapor BBC, Raj Kundra merupakan warganegara Britain serta suami kepada bintang Bollywood, Shilpa Shetty.

Dia merupakan pemilik pasukan kriket dalam Liga Premier India yang merupakan kejohanan kriket paling mahal di dunia.

Pihak polis mendakwa lelaki berusia 45 tahun itu merupakan ‘dalang utama’ dalam penerbitan bahan lucah yang memaksa beberapa wanita terlibat dalam video seks yang disiarkan dalam internet.

Kundra menafikan sebarang salah laku dan peguamnya, Abad Ponda menjelaskan penahanan itu adalah salah di sisi undang-undang.

Seramai sembilan orang ditangkap setakat ini bagi membantu penyiasatan yang dijalankan sejak Februari lalu.

Mereka yang ditahan termasuk pelakon lelaki, penerbit dan eksekutif syarikat.

Menurut pihak polis, tertuduh membuat janji palsu untuk memikat wanita yang menjawab iklan untuk mengambil bahagian dalam video.

Klip video itu didakwa dirakamkan di sebuah rumah banglo yang disewa dan kemudian dimuat naik dalam aplikasi telefon bimbit untuk 400,000 pelanggan yang sanggup membayar 200 hingga 400 rupees (RM11-RM22) sebulan.

Kundra merupakan pemilik syarikat yang terlibat dalam pembikinan video klip lucah menerusi platfom tersebut.

Dia ditahan di rumah banglonya di Mumbai, 20 Julai lalu serta berdepan pertuduhan menipu, penjualan kandungan lucah serta iklan paparan tidak senonoh.

Mengikut undang-undang India, penerbitan atau penyebaran bahan berunsurkan ‘pencabulan’ termasuk pornografi adalah satu kesalahan dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/jutawan-india-ditahan-terbabit-hasilkan-filem-lucah/

BACA JUGA : Panas !!! Ini respon Nadir Al Nuri setelah dicabar Ebit Lew