Jururawat kongsi pengalaman sebak pegang telefon pesakit tahap 5 Covid-19

Jururawat

Jururawat kongsi pengalaman sebak pegang telefon pesakit tahap 5 Covid-19. Jururawat terlatih, Fatin Amira Othman, 31, bersyukur dan menganggap dirinya insan terpilih kerana diberi peluang menjadi petugas barisan hadapan dalam menangani penularan pandemik Covid-19.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, tanggungjawab dan amanah diberikan itu dilaksanakan dengan penuh komitmen untuk memastikan pesakit positif Covid-19 kembali sembuh.

Katanya, pengalaman memberikan rawatan kepada pesakit positif Covid-19 bukan sahaja memerlukan kesabaran, malah memberikan kekuatan kepadanya ketika bersama pesakit.

Jururawat

Jururawat kongsi pengalaman sebak pegang telefon pesakit tahap 5 Covid-19
BACA JUGA : Panas !!! Anggota tentera pangkat sarjan dilapor kena pecat kerana tolak vaksin

“Apa yang ingin saya ingin kongsikan ialah berpeluang memberikan perawatan kepada pesakit bermula dari tahap satu hingga lima.

“Pengalaman yang tidak akan dilupakan ialah memegang telefon bimbit pesakit yang berada pada tahap lima ketika membuat panggilan video bersama keluarga pesakit berkenaan.

“Ketika panggilan video itu, saya turut menangis kerana tidak dapat menahan sebak melihat ahli keluarga menangis sambil mengajar pesakit itu mengucap dua kalimah syahadah dan membaca al-Fatihah,” katanya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

BACA JUGA : Lebih 100 individu dilapor positif Covid-19 setelah hadir pesta seks

Bagi memastikan rakyat negara ini terhindar daripada wabak itu, beliau menasihatkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) perlu diberikan keutamaan.

“Sebaiknya mendapatkan vaksin bagi mencapai imuniti kelompok supaya terhindar daripada mudarat wabak Covid-19,” katanya yang bertugas di HTAA sejak 2013.

Fatin Amira antara pemenang terpilih memenangi 30hari30frontliners anjuran CSR, HotFM dan Harian Metro.

BACA JUGA : Sijil Vaksin boleh di ‘transfer’ ke phone kawan

“Saya berterima kasih kepada CSR, HotFM dan Harian Metro atas hadiah ini dan berazam untuk memberikan tugasan yang terbaik kepada pesakit Covid-19,” katanya.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/745872/tak-tahan-sebak-lihat-panggilan-video-pesakit