Jual batu sungai, ulat hidup antara produk dalam talian sekarang

Jual batu sungai, ulat hidup antara produk dalam talian sekarang. Pada musim pandemik semakin ramai menceburi bisnes online namun ada yang bertindak kreatif dengan menjual barangan yang boleh diperoleh secara percuma atau hanya menggunakan modal rendah untuk menjana pendapatan.

Tinjauandi beberapa platform e-dagang mendapati, antara barangan yang boleh dianggap sebagai unik dan mendapat permintaan tinggi ialah batu sungai, daun kering, ulat hidup, tong cat terpakai, surat khabar lama dan kain buruk.

Seorang peniaga menggunakan akaun bernama azrinadam dari Kuala Terengganu menjual batu sungai pada harga RM1 sekilogram (kg) yang telah terjual lebih 200 kali dengan maksimum pesanan sebanyak 25kg.

Tangkap layar seorang pengguna yang berpuas hati dengan pembelian batu sungai secara dalam talian.

“Terima kasih. Saya beli ya. Nanti hendak letak di kubur ibu. Doakan arwah ibu saya,” ulas seorang pembeli yang memberi rating lima bintang terhadap pembelian barangan tersebut.

batu

Selain itu, peningkatan minat memelihara haiwan kesayangan turut mendorong penjualan ulat hidup secara dalam talian.

“Makanan tinggi protein untuk ikan, reptilia, burung dan banyak lagi. Ulat hidup ini dihasilkan secara organik,” demikian deskripsi produk yang dinyatakan seorang penjual dari Seri Kembangan, Selangor.

“Terima kasih. Ia sudah selamat sampai ke rumah. Semuanya hidup,” ulas seorang pelanggan yang turut menyertakan video ulat tersebut.

“Sudah diterima. Kali kedua beli. Malang mati sebab masalah kurier. Tetapi penjual ganti baharu. Boleh tahan cepat kali ini. Terima kasih banyak-banyak,” ulas seorang lagi pembeli.

Selain itu surat khabar lama yang biasanya digunakan untuk pembungkusan barang dan makanan turut merupakan item buruan ramai.

Seorang peniaga dari Kelantan didapati menjual surat khabar lama pada harga RM3.29 per kg dengan tawaran penghantaran percuma untuk pesanan melebihi nilai RM40.

“Sampai dalam keadaan baik. Saya beli 10kg dapat lebih daripada 50 set. Saya tidak timbang. Insya-Allah penjual ini jujur. Terima kasih,” ulas seorang pelanggan.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/10/jual-batu-ulat-hidup-daun-kering-di-kedai-online/

BACA: Projek Lapangan Terbang : NGO lapor SPRM terhadap MB Kedah