Jual arak tanpa lesen, pengurus pusat hiburan dikompaun RM5,000

Jual arak tanpa lesen, pengurus pusat hiburan dikompaun RM5,000

Seorang pengurus pusat hiburan di Arena Menteri, Bandar Sunway, Petaling Jaya dikompaun sebanyak RM5,000 dalam satu operasi malam semalam kerana tidak memilik lesan operasi dan menjual menjual minuman keras.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, semasa serbuan dilakukan, polis mendapati seramai 39 orang termasuk pekerja berada dalan premis itu.

“Pemeriksaan lanjut di dalam mendapati pengurus premis berkenaan warga tempatan berusia 39 tahun telah melakukan kesalahan iaitu gagal mengemukakan lesen pusat hiburan yang sah dan tidak mempunyai lesen menjual minuman keras.’

“Pengurus berkenaan dikenakan kompaun dan ditahan untuk siasatan lanjut polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, selain itu seramai 38 orang dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 kerana berada dalam pusat hiburan itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di bawah Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (PKPB) (NO. 4) 2021.

Daripada 38 individu yang dikompaun, enam adalah pekerja termasuk tiga wanita berusia antara 27 hingga 53 tahun berada di dalam premis itu, ujarnya.

“Seramai 32 lagi individu termasuk tiga wanita merupakan pengunjung berusia antara 28 hingga 59 tahun dan polis turut merampas 11 botol arak pelbagai jenama, peralatan audio, lima keping resit perniagaan, dan wang tunai RM1,180.

“Kesemua kesalahan dikenakan di bawah Seksyen 76 Akta Eksais 1976, Seksyen 6(1) Enakmen dan tempat-Tempat Hiburan 1998,dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Perbuatan Cuai Yang Mungkin Merebakan Jangkitan Apa-apa Penyakit Berbahaya kepada Nyawa),” katanya.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/04/23/tiada-lesen-operasi-pengurus-pusat-hiburan-dikompaun-rm5000/