Johnny Depp raih 7.4 juta pengikut selepas 15 jam buka Tiktok

Johnny Depp raih 7.4 juta pengikut selepas 15 jam buka Tiktok. Pelakon Hollywood, Johnny Depp masih menjadi bualan hangat pengguna media sosial sehingga kini selepas tular kisahnya memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard.

Susulan daripada itu, Depp dilihat telah membuka akaun TikTok miliknya dan sekali gus mendapat perhatian ramai pihak sehingga meraih 7.4 juta pengikut dalam tempoh 16 jam.

Depp turut berkongsi rakaman memaparkan lambaian kepada peminat, bermain gitar di atas pentas dan menaip menggunakan mesin taip sebagai video pertama yang dimuat naik ke laman sosial tersebut.

Johnny Depp raih 7.4 juta pengikut selepas 15 jam buka Tiktok

 

Johnny Depp raih 7.4 juta pengikut selepas 15 jam buka Tiktok

Sementara itu, dia sempat meninggalkan kata-kata berterima kasih kepada semua peminatnya yang sentiasa menyokong serta memberi semangat terutama sepanjang tempoh perbicaraan selama enam minggu dahulu.

“Kita telah pergi ke mana-mana bersama-sama, kita telah melihat segala-galanya bersama-sama.

“Kita telah berjalan di jalan yang sama bersama-sama. Kita melakukan perkara yang betul bersama-sama, semuanya kerana anda mengambil berat,” tulisnya.

BACA LAGI:
Amber Heard tak mahu bayar saman AS$10 Juta kepada Johnny Depp
Johnny Depp menang lawan Amber Heard di mahkamah, dapat RM65.7 Juta
Kes tengah berjalan, kecoh Johnny Depp jalin hubungan dengan peguam cantiknya