Jemaah masjid bagi no telefon Steven Sim, pasangan muda hidup gelandangan ucap syukur

Jemaah masjid bagi no telefon Steven Sim, pasangan muda hidup gelandangan ucap syukur

“Saya dah hilang punca, tak tahu lagi apa nak buat untuk meneruskan hidup buat masa ini, lepas solat di masjid tadi ada Jemaah bagi nombor telefon YB Steven dan menyuruh saya meminta bantuan dari YB Steven mungkin dia boleh bantu, lalu saya terus hubungi YB Steven memberitahu tentang kesukaran yang sedang saya dan isteri lalui dan YB Steven minta saya bersabar, nanti saya akan di hubungi oleh pembantunya.”

Selepas di maklumkan oleh saudara Steven tentang pasangan suami isteri usia muda ini saya terus menghubunginya bertanyakan masalah dan di manakah dia berada pada waktu itu.

“Saya dan isteri sudah seminggu tidak ada tempat tinggal, kami bergelendangan bersama seorang anak kecil yang berusia 2 tahun dan saya berpusing-pusing ke sana ke sini untuk mencari bantuan” ceritanya apabila saya berjumpanya di sebuah surau tempat dia berhenti rehat sebentar.

“Encik kalau boleh saya nak minta susu dan lampin untuk anak saya, saya sekarang ni satu sen pun tak ada dalam poket, sekarang ni saya tumpangkan isteri dan anak saya di rumah makcik saya semasa saya keluar mencari kerja.” panjang ceritanya pada saya tentang liku-liku hidupnya sehingga dia terpaksa bergelendangan.

Selepas mendapat cerita sebenar apa yang berlaku padanya saya minta staff Pusat Khidmat Danial Yus dan ERa SyahiRah untuk bawanya untuk membeli barang-barang keperluan serta berikannya sedikit wang belanja dan saya berjanji padanya untuk cuba mendapatkan rumah kerajaan untuk mereka suami isteri beserta anak mereka mempunyai bumbung dan dapur selepas ini.

Tak apalah wahai anak muda, insyaAllah jika ada kemahuan dan mahu melangkah ke depan kejayaan pasti akan datang untuk kehidupan yang lebih baik.

Walaupun keluarga muda ini bukan tinggal di dalam kawasan Bukit Mertajam namun mana mungkin dapat menolak rayuannya bila mendengar ceritanya lebih-lebih lagi punya anak kecik yang masih menyusu.

Nota : Beliau memaklumkan yang beliau ada menerima bantuan zakat dan BPR tetapi tidak dapat keluarkan duit kerana kad pengenalannya hilang dan tidak ada duit untuk bayar denda mendapatkan kad pengenalan baru. (saya akan cuba berbincang dengan pihak JPN)

Sumber :