JAWI – PERSOALAN DAN JAWAPAN

Q: Siapa yang hapuskan jawi
A: Umno

Q: Siapa yang martabatkan semula jawi?
A: Kerajaan PH. Pemimpin DAP dalam kabinet tidak bantah.

Q: Siapa yang bantah?
A: MCA dan DJZ. MCA adalah rakan politik Umno. DJZ juga punya hubungan yang rapat dengan pemimpin MCA dan Najib Razak.

Q: Kenapa tidak haramkan DJZ?
A: Kerajaan PH bersifat adil dan terbuka. Kalau kerajaan mahu haramkan DJZ, banyak lagi pertubuhan dan parti politik yang kerajaan perlu haramkan atas alasan yang sama. Mungkin juga termasuk parti politik perkauman seperti PAS dan Umno. Juga NGO seperti ISMA, JATI, dan Perkasa.

Q: Apa tindakan kerajaan seterusnya?
A: Kerajaan akan terus melaksanakan apa yang telah diputuskan oleh kabinet, dan pada masa yang sama bersikap terbuka mendengar kritikan dan pandangan dari perbagai pihak.