JAWI Guna Pendekatan RAHMAH Tangani Isu Hari Kekasih.

Terbaca satu posting diterbitkan berkenaan pendekatan JAWI kepada pasangan yang tiada ikatan sah sempena Hari Kekasih.

Saya tertarik pendekatan diambil pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan melalui JAWI seperti disebut Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail.

Menurutnya JAWI akan memberi penerangan dan pemantauan kepada orang ramai tentang larangan menyambut Hari Kekasih dalam kalangan umat Islam sebagaimana diputuskan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bahawa sambutan tersebut adalah dilarang melibatkan pasangan bukan sah ikatan perkahwinan.

JAWI akan mempergiatkan kempen dan sesi penerangan serta pemantauan sempena Hari Kekasih ini melalui tiga peringkat.

Peringkat pertama sesi penerangan dan pendidikan mengenai hukum dan larangan sambutannya kepada pasangan muslim yang tidak sah ikatan.

Peringkat kedua pula sesi pemantauan dan tinjaun jika ada kes-kes dilaporkan pihak berkenaan.

Dan peringkat ketiga barulah penguatkuasaan sekiranya masih ada lagi pihak sama melanggar undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan meskipun sudah diberi pendidikan dan penerangan serta amaran secukupnya.

Pendekatan diambil JAWI ini sesuai dengan prinsip RAHMAH di bawa dalam pentadbiran KERAJAAN dimana masyarakat dididik dengan penerangan dan pendidikan, kemudian amaran dan peringatan, jika masih berdegil dan berkeras melanggar peraturan barulah tindakan akan diambil.

Ia menekankan prinsip rakyat perlu diberi pendidikan dan kefahaman secukupnya supaya dapat memahami kesan dan akibat dari sambutan Hari Kekasih melibatkan pasangan yang tidak mempunyai ikatan yang sah.

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/14/tiada-lagi-operasi-hari-kekasih-jawi/