JASA : Kakitangan hanya 52 orang, dapat peruntukan RM85.5 juta

JASA : Kakitangan hanya 52 orang, dapat peruntukan RM85.5 juta

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menghidupkan semula unit propaganda Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), dengan peruntukan RM85.5 juta di bawah Belanjawan 2021.

Menurut anggaran perbelanjaan persekutuan, terdapat dua peruntukan untuk unit itu di bawah belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Peruntukan pertama sebanyak RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan kedua sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru.

Jumlah kedua-duanya, iaitu RM85.5 juta adalah peningkatan 185 peratus daripada RM30 juta yang diperuntukkan kepada jabatan itu oleh kerajaan BN di bawah Belanjawan 2018.

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi juga membangktikan bahawa pada masa ini, hanya 52 kedudukan yang disenarakan di bawah Jasa dalam anggaran belanjawan, berbanding 272 pada 2018.

Operasi Jasa dihentikan selepas PH menjadi kerajaan persekutuan sebagai langkah mengurangkan kos.

Jumlah peruntukan untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia turut meningkat sebanyak RM442 juta, daripada RM1.95 bilion untuk tahun ini kepada RM2.39 bilion pada tahun depan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/549789