Jarak solat jemaah dipendekkan ke setengah meter di Johor

Pulau Pinang

Jarak solat jemaah dipendekkan ke setengah meter di Johor. Johor hari ini mengumumkan penjarakan fizikal 1m bagi solat fardu dan Jumaat dikurangkan kepada setengah meter berkuat kuasa Jumaat ini.

Menerusi kenyataan di Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, dalam tempoh Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah serta ceramah agama ditambah daripada sejam kepada tempoh tidak melebihi dua jam.

“Solat hajat hendaklah dilaksanakan selepas waktu Maghrib setiap hari dan selepas Jumaat setiap minggu di seluruh masjid serta surau di negeri ini untuk memohon dijauhkan daripada musibah melanda negeri dan negara ini,” kata kenyataan itu.

Titahnya, ahli jawatankuasa masjid dan surau hendaklah sentiasa memastikan jemaah yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Perubahan yang berkuat kuasa 7 Jan ini sehinggalah ke satu tarikh yang akan diumumkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Pada November tahun lalu, kerajaan Johor membentangkan cadangan SOP bagi membolehkan solat jemaah di masjid dan surau negeri itu dilakukan tanpa penjarakan fizikal.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi dipetik sebagai berkata, kertas cadangan itu dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim bagi mendapatkan perkenan baginda.

Beliau berkata, masyarakat Islam di Johor menimbulkan persoalan bila solat jemaah di masjid dan surau di negeri ini dapat kembali seperti dahulu, tanpa penjarakan fizikal selepas Johor memasuki Fasa 4 PPN.

BACA:

Rombakan kabinet oleh Ismail Sabri, akhirnya Muhyiddin bersuara
Gara-gara terlalu ghairah fitnah pemandu lori mabuk, inilah kesudahannya
Ini 3 sebab mengapa lampu tandas perlu dihidupkan waktu tidur di hotel

Artikel ini disiarkan pada 05/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)