Jangan sentuh ‘bola’ ini dalam hutan kalau jumpa, terus report pada Polis

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Jika anda bercadang untuk memasuki hutan bagi sebarang aktiviti, sila pastikan anda tidak bertindak sembarangan dan sentiasa bersedia serta berhati-hati

Hutan adalah tempat yang penuh dengan risiko dan banyak perkara yang tidak diingini boleh berlaku.

Baru-baru ini, tular mengenai satu objek bulat yang kelihatan pelik dan mungkin disangka sebagai tumbuhan atau buah, namun sebenarnya sangat berbahaya. Objek tersebut adalah bom babi!

Pengembara hutan dan orang awam dinasihatkan untuk mengelak atau tidak menyentuh bom perangkap yang digunakan untuk memburu babi.

Objek ini kelihatan kecil seperti biji getah atau tumbuhan hutan, tetapi ia sebenarnya adalah perangkap yang boleh meletup dan membunuh haiwan liar.

Jangan sentuh 'bola' ini dalam hutan kalau jumpa, terus report pada Polis

Aktivis alam sekitar Aidil Iman Aidid menjelaskan bahawa bom babi ini direka untuk menarik haiwan liar yang menganggapnya sebagai makanan. Apabila haiwan tersebut mendekati bom, ia akan meletup dan mengakibatkan haiwan tersebut mati.

“Bom babi ini mengumpan haiwan liar dengan rupa seperti makanan. Apabila haiwan tersebut menghampirinya, bom ini akan meletup dan menyebabkan haiwan tersebut mati,” jelas Aidil di Twitter.

Beliau menambah bahawa sesiapa yang menemui bom tersebut di hutan boleh membuat laporan kepada polis. Walaupun bom ini direka khusus untuk babi hutan, ia masih berpotensi mendatangkan kecederaan kepada manusia jika terlanggar atau terpijak.

Berhati-hatilah ketika berada di hutan dan elakkan menyentuh objek yang mencurigakan untuk mengelakkan sebarang kecelakaan.

BACA: ‘Aku terkilan isteri pentingkan kerja melebihi aku dan anak, aku cuma berminggu je di darat, aku cuma habiskan masa dirumah’