Jangan sampai ada rakyat yang tak makan – Mat Sabu

Jangan sampai ada rakyat yang tak makan – Mat Sabu

Itulah ungkapan YB Tuan Haji Mohamad Sabu Ahli Parlimen Kota Raja kepada pegawai pejabat beliau dan petugas yang akan menyampaikan sumbangan.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur buat rakyat dan penduduk di bawah Parlimen Kota Raja

Menurut salah seorang pegawai yang bertugas, YB Abang Mat dengan nada perlahan bercakap “jangan sampai ada rakyat yang tak makan, kita kena usaha walau macam mana sekali pun”.

 

Dalam keadaan YB yang tak berapa sihat, penjarakan sosial tetap dijaga dan beliau terus memantau dan memastikan bekalan untuk mereka yang benar-benar memerlukan dipastikan cukup.

Semoga YB Abang Mat sentiasa sihat doakan kesejahteraan beliau.