Banjir : Orang ramai jangan salahkan pembalakan sahaja, tegur pemimpin Pas

Banjir : Orang ramai jangan salahkan pembalakan sahaja, tegur pemimpin Pas,Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tiada keperluan untuk menghentikan pembalakan di Kelantan kerana aktiviti itu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang dan kuota yang dibenarkan di negeri ini.

Beliau di laporkan berkata aktiviti itu tidak dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya ia mengikut terma dan syarat di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan kuota yang dibenarkan oleh Majlis Perhutanan Negara.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kewujudan petisyen “Henti Pembalakan Dan Kemusnahan Alam Sekarang!” yang digerakkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) bersama Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) yang telah mengumpulkan lebih 200,000 tanda tangan.

Katanya lagi “Sebagai contoh, setakat tahun ini kita hanya dibenarkan (menjalankan pembalakan) di kawasan seluas 3,000 hektar sahaja, tidak boleh lebih. Kalau lebih, kita akan dikenakan tindakan oleh Majlis Perhutanan Negara,”

“Semua ini (had pembalakan) bukan negeri yang tentukan tapi Majlis Perhutanan Negara, kita hanya ikut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 Menteri Besar Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim

Banjir : Orang ramai jangan salahkan pembalakan sahaja, tegur pemimpin Pas

Beliau berkata kegiatan pembalakan di negeri ini bukanlah penyumbang utama kepada musibah banjir yang menjadi fenomena hampir setiap tahun, memandangkan ia telah dijalankan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

“Yang keluar (balak) dalam musim tengkujuh (ketika banjir) itu mungkin yang ditebang sebelum tempoh berkenan dan disimpan di Beta (kawasan simpanan balak),”

Justeru beliau meminta orang ramai agar tidak hanya menyalahkan pembalakan sebagai punca banjir kerana pelbagai faktor lain juga perlu diambil kira.

BACA:

Gempar !!! Saman 1MDB : Jho Low bakal buat penampilan pertama di mahkamah?
Foto kereta sedan model terbaru Perodua kini tular
Ini cara ‘step by step’ nak halau penyewa yang bermasalah

Artikel ini disiarkan pada 06/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)