Jangan ‘double standard’ dalam penguatkuasaan SOP – Anwar

Jangan ‘double standard’ dalam penguatkuasaan SOP – Anwar

Adalah suatu perkembangan yang membimbangkan tatkala angka jangkitan wabak COVID-19 kembali meningkat.

Saya menggesa kerajaan untuk bersikap telus dalam menangani wabak ini, terutamanya kes-kes yang melibatkan politisi dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Tidak ada sesiapa yang dikecualikan dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan, dan peraturan ini hendaklah dikuatkuasakan dengan tegas tanpa selektif.

Saya juga mendesak kerajaan untuk memberikan maklumat dalam menangani gelombang kedua wabak ini bagi mengelak sebarang spekulasi dan khabar angin. Adalah mustahak bagi politisi dari kedua-dua pihak dalam mengutamakan maslahat rakyat tatkala kemelut. Kualiti kepimpinan mesti ditonjolkan.

Hanya dengan kepatuhan dan kesepaduan sebagai sebuah negara sahaja yang akan menjamin kesejahteraan semua, lantas dapat kita bendung wabak ini. Semuanya terletak di bahu masing-masing untuk sentiasa bersiapsiaga untuk diri kita dan orang sekeliling. Saya turut mendoakan kepada semua yang dijangkiti dengan wabak COVID-19 ini agar lekas sembuh dan terus kuat semangat.

ANWAR IBRAHIM

Sumber :

Penguatkuasaan Yang Tegas dan Pematuhan SOP Adalah KunciAdalah suatu perkembangan yang membimbangkan tatkala angka…

Posted by Anwar Ibrahim on Monday, October 5, 2020

 

COMMENTS