Jangan diulangi kesilapan lalu, pesan Zahid kepada PM baharu

diulangi

Jangan diulangi kesilapan lalu, pesan Zahid kepada PM baharu.Presiden UMNO menasihatkan kepada Perdana Menteri yang baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar mentadbir kerajaan dengan baik.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, betapa besarnya harapan rakyat kepada kerajaan baharu untuk melihat permasalahan yang menghimpit mereka dan negara khususnya dapat diselesaikan.

“Ini sedikit saranan saya kepada kerajaan baharu, semoga ada keberkatan dan kebaikan darinya.

“Kemudian kepada mereka yang mengemudi kerajaan baharu sedarilah betapa besar pengharapan rakyat ketika ini.

diulangi

“Pengharapan rakyat agak pandemik Covid-19 yang telah mengorbankan hampir 14,000 nyawa segera berakhir,” katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Beliau berharap, jangkitan wabak yang mencecah lebih 22,000 kes setiap hari dapat dibendung dan dikurangkan.

Katanya, ternyata ia suatu tanggungjawab yang besar lagi berat perlu dipikul seusai kegagalan terdahulu.

“Untuk itu jangan diulangi kesilapan lalu. Dengarilah dan dalamilah denyut nadi rakyat di setiap masa. Jadikan kesejahteraan dan keselamatan mereka sebagai keutamaan mengatasi yang lain.

“Berkhidmatlah dengan jujur lagi ikhlas untuk mengeluarkan negara daripada ancaman pandemik,” katanya.

Ahmad Zahid turut meminta Perdana Menteri dan kerajaan baharu, menghayati kecaknaan baginda Yang di-Pertuan Agong betapa negara sedang bergelut dengan isu kesihatan dan kemurungan ekonomi.

Jelas beliau, amalan berselindung di sebalik ‘kejayaan kosmetik’ dan menyalahkan rakyat bukan lagi pilihan.

“Pimpinan UMNO telah berjuang membuka pintu kepada landasan yang sebenar.

“Kini masa untuk mereka yang diamanahkan berpendirian berani memperbetulkan keadaan dan kerosakan,” katanya.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/23/zahid-nasihat-pm-baharu-tadbir-kerajaan-dengan-baik/

BACA: Parti Sarawak cadang wujudkan TPM II untuk GPS