Jangan biar ‘kluster derhaka’ kembali terajui negara

Umno tidak sepatutnya mengangkat “kluster penderhaka” sebagai calon perdana menteri, kata Ketua Penerangan PKR Perak, Muhammad Arafat Varisai Mahamad.

Katanya, pencalonan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri dan gandingan Azmin Ali sebagai timbalan perdana menteri adalah malapetaka buat rakyat.

Kedua-dua individu ini kata Arafat, adalah mereka yang gagal ketika memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Jangan biar ' kluster derhaka ' kembali terajui negara

“Umno memutuskan Ismail Sabri sebagai calon PM, dan saya difahamkan dia telah membuat perjanjian bersama PN untuk melantik Azmin sebagai timbalan perdana menteri setelah diangkat menjadi PM.

“Gandingan ini jika benar-benar berlaku merupakan malapetaka buat negara dan rakyat. Pemimpin ‘derhaka’ dan pengkhianat ini.

“Ismail Sabri dan Azmin merupakan individu penting membuat keputusan dalam kerajaan PN yang berkali- kali ‘derhaka’ kepada Yang di-Pertuan Agong dan sampai kesudah mereka tidak mengormati keputusan titah Raja-Raja Melayu untuk membahas Ordinan Darurat di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malam tadi Umno mencapai kata sepakat untuk menyokong Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber Umno, persetujuan itu dicapai hasil pertemuan ahli-ahli parlimen parti itu di Kuala Lumpur.

Beberapa sumber – termasuk dari kem Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi – memberitahu Ismail Sabri akan mendapat sokongan semua 38 ahli parlimen parti terbabit.

Katanya langkah itu diambil sebagai usaha mengelakkan perpecahan berlaku dalam Umno.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan mengesahkan keputusan itu yang telah mendapat persetujuan pucuk pimpinan parti.

Dalam pada itu, Ismail Sabri semasa menjadi menteri kanan keselamatan ketika negara dilanda wabak Covid-19 telah gagal dan rakyat kecewa jika watak ini dipilih sebagai perdana menteri.

“Dengan pengumuman prosedur operasi standard (SOP) demi SOP tapi gagal, rakyat akan kecewa jika pimimpin yang gagal dipilih sebagai PM.

“Dalam keadaan ekonomi rakyat tenat perlu ada seorang PM yg ada kepakaran seperti menteri kewangan untuk mengurus dan membawa keluar negara daripada kemelut ekonomi,” katanya.

Oleh itu katanya, Presiden PKR Anwar Ibrahim adalah individu yang terbaik untuk memimpin negara.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/587679

BACA JUGA : Terkini !!! Ahli Parlimen PKR sudah hantar SD kepada Agong