Jangan bergurau dalam membuat polisi semasa PKP

Jangan bergurau dalam membuat polisi semasa PKP

Saya terbaca bahawa kebenaran perkhidmatan gunting rambut bakal disemak semula MKN selepas KKM menasihatkan agar ianya tidak dijalankan buat masa ini kerana data-data menunjukkan pemulihan sedang rancak berjalan.

Namun, saya terbaca juga tulisan dari pegawai kanan Menteri Miti yang menunjukkan 8 justifikasi kenapa kementeriannya membenarkan kedai gunting rambut beroperasi.

Selain faktor ekonomi yang menekan pengusaha kedai gunting rambut (ribuan sektor lain juga sama terjejas), melalui gunting rambut dapat menurunkan tekanan darah tinggi!

Saya sangka ia gurauan. Namun ia ternyata ditulis dalam bebenang twitter beliau. Kerana setakat tadi, saya masih yakin kita masih hadapi pandemik covid-19 yang berjangkit bukan pandemik darah tinggi. Dan banyak aktiviti lain mampu merendahkan tekanan darah tinggi termasuk aktiviti sukan. Bahkan aktiviti sukan lebih mudah dikawal jarak sosial berbanding penggunting rambut dan pelanggan. Namun, aktiviti sukan kekal dilarang!

Saya tidak mahu bergurau ‘tiada group wassap ke’ seperti yang digunakan oleh Najib Razak. Tapi ia persis seperti apa yang beliau pernah gunakan untuk situasi ini.

Janganlah kita ‘bergurau’ dengan dasar polisi yang boleh memakan nyawa rakyat. Tolonglah.

P/s: untuk rekod, saya adalah pengunjung kedai gunting rambut yang agak kerap.

Sumber :