‘Jangan buka pintu belakang lagi’, Najib ingatkan Ismail

‘Jangan buka pintu belakang lagi’, Najib ingatkan Ismail

‘Jangan benarkan pintu belakang dibuka lagi’, pesan Najib kepada Ismail Sabri.  Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak mengucapkan selamat bertugas kepada Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memulakan tugas secara rasminya pada hari ini.

“Hari ini first day Ismail Sabri Yaakob menjawat secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri.” katanya melalui catatan Facebook.

Dengan nada sinis, Najib juga berharap Ismail Sabri Jangan  benarkan orang lain buka pintu belakang lagi.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan.

Bersut serba biru, ketibaan Ismail Sabri di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada jam 10 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Rakon.

Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada Rabu lalu selain dikekalkan memegang portfolio Menteri Kanan Pertahanan

Jangan

Berita Penuh :https://suara.tv/09/07/2021/selamat-bertugas-ucap-najib-kepada-ismail-sabri/

kalau Anda taerlepas: Naib Presiden Umno mulakan tugas sebagai TPM kerajaan PN