Jamil Khir kini Penasihat Agama PM?

Jamil Khir kini Penasihat Agama PM.Semalam tular di media sosial berhubung pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri.

Perkara itu bermula menerusi poster ucapan tahniah yang dimuat naik oleh para pemimpin UMNO Kedah termasuk oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff.

Memetik laporan utusan online “UMNO Bahagian Sungai Petani merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom di atas perlantikan Sebagai Penasihat Agama Kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

“Semoga Yang Berbahagia Datuk Seri dapat melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan cemerlang,” kata Shahanim dalam Facebooknya semalam.

Jamil Khir sebelum ini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam ketika era pentadbiran kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

BACA: Akhirnya pil rawat Covid-19 ditemui dan terbukti berkesan

Artikel ini disiarkan pada 28/11/2021

COMMENTS

Wordpress (0)