Jalan raya makin sesak sampai jadi mental, ramai pilih tunggang motor

Jalan raya makin sesak sampai jadi mental, ramai pilih tunggang motor. Ramai warga kota mula beralih menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan ke­sesakan lalu lintas yang semakin teruk di Lembah Klang yang menyebabkan mereka sering me­ngalami tekanan.

Seorang pekerja swasta, Faiz Muhammad, 30, berkata, sebelum ini dia memandu kereta, tetapi kini telah beralih menunggang motosikal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, dengan menung­gang motosikal, dia pastinya dapat sampai ke sesuatu destinasi terutamanya di tempat kerja dengan lebih cepat. “Berbanding kereta, masa banyak terbuang dengan menghadap kesesakan.

Sebab itu ramai yang memilih untuk menunggang motosikal ke tempat kerja, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pasir Mas.

Namun, bukan semua pandai tunggang motosikal. Ada yang hanya pandai pose acah-acah macam mat rempit, pulas minyak, lepas tu pandang belakang. Tapi pergi jalan bonceng dengan orang lain. Eh, jangan terasa pula, abang Japar cakap sahaja berdasarkan kepada pemerhatian.

Jalan raya makin sesak sampai jadi mental, ramai pilih tunggang motor

Baiklah, sebenarnya ada kajian menunjukkan bahawa menunggang motosikal boleh melegakan tekanan.

Kajian tersebut dijalankan oleh sepasukan saintis daripada Institut Semel untuk Sains Neuro dan Tingkaah Laku Manusia, UCLA. Dibiayai oleh Harley-Davidson, kajin itu berjaya memperoleh beberapa dapatan menarik mengenai kesan menunggang motosikal.

Ini termasuklah seseorang akan menjadi lebih fokus serta dapat mengurangkan tahap kortisol, hormon yang dikaitkan dengan tekanan. Dapatan itu adalah berdasarkan kepada ukuran yang diambil daripada 50 orang penunggng motosikal berpengalaman selepas menunggang selama 22 minit.

Pasukan penyelidik itu melihat kepada aktiviti elektrikal otak, kadar degupan jantung, adrenalin, noradrenaline responden yang diukur sebelum, ketika dan selepas menunggang motosikal.

Pembolehubah sama turut diukur sebelum, ketika dan selepas responden memandu kereta, kemudian berehat.

Hasilnya, kajian itu mendapati menunggang motosikal selama 20 minit boleh meningkatkan tahap degupan jantung sebanyak 11 peratus, tahap yang sama dicapai apabila melakukan senaman ringan. Peningkatan kepekaan pula sama seperti seseorang yang minum secawan kopi.

Dapatan yang paling menarik ialah menunggang motosikal memberi kesan positif kepada tekanan. Ia mampu menurunkan kadar hormon sebanyak 28 peratus berbanding aktiviti-aktiviti yang diukur. Harley-Davidson bagaimanapun tidak menyatakan apakah aktiviti tersebut.

“Tahap tekanan terutama dalam kalangan muda sentiasa meningkat. Jadi, mereka sentiasa mencari jalan untuk menambah baik tahap kesihatan mental dan fizikal masing-masing. Sehingga kini, teknologi untuk mengukur kesan aktiviti menunggang motosikal kepada otak tidak wujud,” kata ketua pakar neurosaintis, Don Vaughn.

BACA:

Amber Heard tak mahu bayar saman AS$10 Juta kepada Johnny Depp

Sime Darby umum 57 unit berharga RM2 Juta berjaya dijual dalam sehari

Tebus baucer RM400 Shopee tahun 2022 sekarang