JAKIM dan KAGAT erat kerjasama untuk sebarluas dakwah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menerima kunjungan hormat daripada rombongan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya Mejar Jeneral Dato’ Haji Kamarudin Haji Mamat. Perbincangan tertumpu kepada kerjasama antara JAKIM dan KAGAT membawa halatuju dakwah dan kefahaman Islam dalam negara dengan tiga teras utama iaitu Rahmatan Lil ‘Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.

Dalam pertemuan itu juga pihak KAGAT berkongsi visi dan misi mereka. Kerjasama strategik ini mampu mengukuhkan lagi penyebaran dakwah di Malaysia dalam pelbagai lapangan.

Mujahid dalam satu kenyataan menyebut “InsyaAllah KAGAT dengan JAKIM akan terus mengukuhkan kerjasama bagi menjayakan program-program pemahaman Islam di Malaysia. Kerjasama ini dapat membantu usaha bersepadu dakwah Islam dengan 3 teras utama yang ingin diketengahkan iaitu Rahmatan lil ‘alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.”