Jadi jutawan lepas cucuk vaksin

Seorang pelajar menjadi jutawan apabila memenangi hadiah wang tunai berjumlah AS$ 1 juta (RM4.15 juta) selepas menjadi salah seorang daripada lebih 2.7 juta individu di Australia yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Joanne Zhu, 25, memenangi hadiah utama kempen Million Dollar Vax yang dijalankan di negara itu bagi menggalakkan lebih ramai warga Australia untuk mendapatkan suntikan pelalian terhadap Covid-19.

Jadi jutawan lepas cucuk vaksin

Zhu merupakan satu-satunya pemenang cabutan bertuah itu di Australia. – 7 News

“Adakah saya sedang bermimpi? Saya tidak mempercayainya,” kata wanita itu kepada stesen berita tempatan, NEWS 7.

Zhu berkata dia sedang bekerja ketika mendapat berita menggembirakan itu selain menjadi satu-satunya individu di Australia yang memenangi hadiah tersebut.

Wanita itu mahu berkongsi hadiah tersebut bersama rakan-rakan dan ahli keluarganya yang menetap di China dan sudah tidak ditemuinya sejak dua tahun lalu akibat penutupan sempadan akibat pandemik Covid-19.

“Sekiranya sempadan negara sudah dibuka, saya mahu menerbangkan ahli keluarga saya dari China dan menaja penginapan mereka di hotel lima bintang bersempena Tahun Baru Cina,” katanya.

Perikatan Million Dollar Vax diwujudkan oleh sekumpulan dermawan dan syarikat untuk meningkatkan kadar vaksinasi dengan menawarkan hadiah lumayan.

Perikatan itu menyerahkan sejumlah AS$4.1 juta (RM17.03 juta) kepada lebih 3,100 individu yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19.

BACA JUGA : Polis Jawa Barat kantoi ‘like’ akaun pornografi mohon maaf
Panas !!! Penjawat awam Kementerian Pendidikan paling ramai belum divaksin

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Jadi jutawan lepas cucuk vaksin […]