Ivermectin ‘sold out’ di Indonesia

Ivermectin ‘sold out’ di Indonesia

Ivermectin ‘sold out’ di Indonesia.Peningkatan kes Covid-19 di Indonesia menyebabkan permintaan untuk ubat cacing meningkat dalam kalangan rakyat negara itu.

Menurut laporan laman berita Suara.com semalam, penduduk republik itu percaya penggunaan ubat cacing dapat membantu mengubati Covid-19.

Ubat yang digunakan untuk menghalang jangkitan cacing parasit dalam tubuh manusia dan haiwan itu semakin mendapat permintaan di farmasi di seluruh negara.

“Buat masa ini, stok ubat cacing itu telah habis. Sebelum ini, kami jarang menambah stok ubat tersebut kerana tidak ramai yang membelinya,” kata seorang ahli farmasi di Bandung, Heri Hermawan.

Selain ubat cacing, Heri berkata, terdapat juga ubat-ubatan lain dan makanan tambahan yang menjadi permintaan orang ramai.

“Antaranya adalah vitamin C dan D serta oksigen.

“Kedua-dua stok vitamin masih ada, namun stok oksigen telah habis dan kami belum menerima bekalan baharu,” ujarnya

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/04/rakyat-indonesia-cari-ubat-cacing-elak-dijangkiti-covid-19/

Jika Anda terlepas: Vaksin buatan India didakwa berkesan 93.4 peratus