Isu sijil palsu : Calon Pas kata tak nak jawab sekarang, tunggu hari mengundi

“Saya hanya akan jawab dekat atau pada hari mengundi,” tegas calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Kamarudin Sidek yang terpalit dengan dakwaan menipu status pendidikannya.

Katanya, isu itu bukan pertama kali dibangkitkan terhadapnya, malah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan PRU-14 sebelum ini turut dipersoalkan.

“(Mungkin) terancam sebab saya tiada isu lain seperti rasuah sepanjang tempoh 18 bulan dengan kerajaan.

Calon Pas kata tak nak jawab sekarang, tunggu hari mengundi

Kamarudin Sidek

“Saya tak mahu jawab dulu. Isu ini pernah disebut dan tiada kesudahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Melaka berkata, fokusnya kini untuk turun padang dan berkempen sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini.

“Fokus dan tumpuan saya kini kepada kempen dan bertanya isu yang dihadapi rakyat, isu peribadi tiada apa,” katanya.

Beliau berkata, dalam PN tiada serangan peribadi dilakukan terhadap calon lawan.

“Kita dalam PN tidak serang peribadi calon lawan, buruk macam mana pun kita tidak ketengahkan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial yang mendakwa kelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, yang tertera pada poster memaparkan gambar Kamarudin adalah tidak benar.

Malah, Kamarudin turut didakwa tidak menghabiskan pengajiannya.

BACA JUGA : Panas !!! Dakwaan guna sijil tipu, calon Pas enggan layan
Majikan jangan sesuka hati pecat pekerja, peguam ini dedah akibatnya
RM50,000 sebulan dibelanjakan untuk kos satu pejabat penasihat PM

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Isu sijil palsu : Calon Pas kata tak nak jawab sekarang, tunggu hari mengundi […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Isu sijil palsu : Calon Pas kata tak nak jawab sekarang, tunggu hari mengundi […]