Isu salib: Jawapan balas kepada ulama ISMA

Semalam bila disentuh tentang Isu ” Salib ” di Pulau Pinang.. ada sahabat PAS tag satu artikel dari nama nya Ahmad sanusi, Aku pun tak kenal, katanya Ulama rujukan ISMA.. malah dibariskan segala Hadis tentang Salib.. katanya dituju kepada aku yang kononnya dilabel Melayu liberal..

Ok lah, Hari ni Melayu Liberal ini cuba jawab, Bila aku baca, antara kegagalan utama Ulama dan agamawan hari ini memahami konteks Hadis.. jadi apa sahaja hadis berkaitan, dihimpunkan bagi menakjubkan pendokong mereka.. difahami pada zahir hadis secara literal.. lalu dijadikan ia sebahagian yang menyentuh soal Aqidah(I’tiqadi)

Samalah seperti mereka cuba mencari dalil menentang dan mempolitikkan “Oktoberfest” ,akhir mereka himpunkan segala hadis tentang arak, laknat Allah tentang arak, seolah olah kita tidak memahaminya..

Jika itulah dalil mereka.. Konteks Perbicaraan mereka.. Kerajaan Kelantan dan Terengganu yang menyediakan lesen arak termasuk dari 10 golongan yang Dilaknat Allah..begitu juga dilakukan Khalifah Umar yang mengambil Cukai dari arak.. Mereka gagal memahami “Haram” yang disyariatkan kepada Muslim danal yang menyentuh hak Bukan Islam dan beragama dalam konteks pemerintahan..

1- HADIS AISYAH DALAM KONTEKS TASWIR DAN TASYABBUH..

Pertama didatangkan hadis tentang Aisyah, larangan akan sesuatu bentuk salib di dalam Rumah, begitu juga pada pakaian(Tasyabbuh).. bab ini aku takda masalah, dan rasanya tidak ada kena mengena dalam konflik Salib di Malaysia.. Jangan kan Menyerupai salib, Lambang Agama, Hatta lelaki menyerupai Perempuan dan Sebaliknya juga dilarang.. apa lagi alatan menyerupai ritual Agama lain(tasyabuh)

Inilah yang berlaku di Dunia arab sebelum ini.. mereka mengharamkan Gambar, suatu ketika di Mesir , Passport Wanita tidak mempunyai gambar sebab menyandarkan Haram bergambar dalam konteks Taswirr(Melukis dan Mengukir).. Sehingga hari ini ia jadi medan perbahasan termasuklah Ulama Nusatara..

Akhirnya gantung gambar Ulama dam pemimpin mereka dianggap harus, Gantung gambar anak dan isteri sendiri.. ia dikira Haram.. dan akhirnya membawa kepada fatwa pengharaman gambar dan filem pada suatu masa dulu kerana Ulama gagal memahami konteks sebenar Hadis..

walhal masalah taswir yang “haram” berkisar seorang mengukir patung dan gambar hidup yang boleh menyerupai ciptaan Allah, lalu berlakulah pemujaan dan ritual Syirik.. Akhirnya mereka keliru antara takrif Taswir dan Tamasil dengan difinisi..

مَا يُنْحَتُ عَلَى مِثَالِ إِنْسَانٍ أَوْ حَيَوَانٍ أَوْ شَيْئٍ

“Sesuatu yang dipahat menyerupai manusia, haiwan atau sesuatu”.

Dalam Konteks Hadis Aisyah itu jelas..Sheikh Muhammad bin Salih Al‘Utsaimin rahimahullah memberikan kita panduan yang jelas di dalam Majmu fatawa wa rasail..

أما ما ظهر منه أنه لا يراد به الصليب ، لا تعظيما ، ولا بكونه شعارا ، مثل بعض العلامات الحسابية ، أو بعض ما يظهر بالساعات الإلكترونية من علامة زائد ، فإن هذا لا بأس به ، ولا يعد من الصلبان بشيء..

“Adapun sesuatu yang nampak namun bukan dimaksudkan untuk salib, simbol tersebut tidak diagungkan, juga bukan sebagai syiar seperti tanda tambah dalam kiraan matematik, begitu pula simbol pada jam elektronik, seperti itu tidaklah masalah dan tidak teranggap seperti salib ”

2- HADIS NABI ISA HANCURKAN SALIB DIFAHAMI SECARA LITERAL ?

Antara permasalahan Ulama dan agamawan hari ini.. meletakkan hadis tanpa perbahasan, memahami Hadis secara literal.. memahami secara hakiki bukan Majazi.. akhirnya ia mengelirukan Ummat Islam.. dan memburukan imej agama kepada bukan Islam..

Mereka Membayangkan Nabi Isa akan turun, lalu menghancurkan Salib dan Gereja.. Walhal Ulama telah membahaskan Panjang lebar hadis ini, Sepatutnya yang kita kena fahami.. Nabi Isa akan datang membawa Keadilan dalam Pemerintahan.. Sebagaimana hadis Nabi ﷺ .

وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ، لَيُوْشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيْكُمُ ابْنُ مَرْيَمَ عَليهِ السَّلام حَكَمًا عَدْلاً، فَيَكْسِرَ الصَّلِيْبَ، وَيَقْتُلَ الْخِنْزِيْرَ، وَيَضَعَ الْجِزْيَةَ، وَيَفِيْضَ الْمَالُ حَتَّى لاَ يَقْبَلَهُ أَحَدٌ.

“Dan demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, sudah dekat saatnya di mana akan turun pada kamu (‘Isa) Ibnu Maryam عليه السلام sebagai hakim yang adil. Dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menghapus jizyah , dan akan melimpah ruah harta benda, hingga tidak ada seorang pun yang mahu menerimanya…”

Menghancurkan Salib itu bukan difahami dengan menghapus lambang salib, tetapi mengapuskan kepercayaan dan pembohongan dalam ajaran Kristian, Mengembalikan mereka kejalan yang benar..

begitu juga membunuh babi itu sesetengah ulama menta’wilkan dengan perkataan dengan jalan riwayat lain dengan nama Qiradah atau Kera yang menjadi simbol Kemungkaran..

Bila ada yang fahami hadis ini secara literal, itu sebablah berlakunya serangan keatas gereja oleh pelampau dan extremist atas nama Islam.. kononnya mereka lah tentera Nabi Isa, tentera Mahdi dan Pejuang Panji hitam yang akan datang pada Akhir Zaman…

Sepatutnya apa yang Ummat Islam perlu cari adalah Keadilan, Nabi Isa akan datang dan memerintah dengan Adil, ada Ulama yang berpandangan, Menghapuskan Jizyah itu antaranya bila ramai dari kalangan mereka memeluk Islam.. maka tiada lagi istilah Jizyah, dan pandangan lain, Bumi akan jadi makmur,Aman di dalam Pemerintahan yang Adil dengan Kedatangan ISA, sehingga tidak ada lagi yang menerima Sadaqah dan Zakat..

Jadi carilah Keadilan, Kerana menegakkan Pemerintahan yang Adil mendekatkan kita kepada kemenangan Islam, Bukan dengan menghapuskan atau menyerang gereja…

3- PERJANJIAN UMAR (العهدة العمرية) SALIB DIPELIHARA KETIKA MENAWAN KOTA JURUSALEM..(The Umariyyah Covenant)

Marilahlah kita Belajar dari sirah penaklukan Kota Iliya (Al-Quds), Sebagaimana kata Sheikh Quraish Shihab Ahli Tafsir yang dihormati di Indonesia, inilah Janji Nabi ﷺ yang hampir serupa kepada Penduduk Nasrani Najran..

Perjanjian yang sehingga hari ini ia dikenali sebagai Perjanjian Umar(العهدة العمرية) , atau dengan dengan nama lain(ميثاق ايليا) , Perjanjian ini antara Khalifah Umar dan Patriarch Sophronius pada 20 Rabiul Awal 15 Hijrah 636 Masihi

antara Lafaz Perjanjian itu dengan dimulakan dengan lafaz Kalimah..

بسم الله الرحمن الرحيم

“Dengan menyebut nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang.

هذا ما أعطى عبد الله عمر أمير المؤمنين أهل ايليا من الأمان ، أعطاهم أمانا لأنفسهم وأموالهم ، ولكنائسهم وصلبانهم ، وسقيمها وبريئها وسائر ملتها …

Ini adalah perdamaian yang diberikan hamba Allah Umar bin Khattab Amirul mukminin, kepada penduduk Eliya(jurusalem) berupa jaminan keamanan. telah Kuberikan Jaminan Keamanan terhadap jiwa-jiwa(Nyawa) mereka, harta-harta mereka, tempat ibadah mereka, SALIB-SALIB MEREKA, yang sakit dan yang sihat dari mereka, dan semua kepercayaan ajaran agama mereka.

أنه لا تسكن كنائسهم ولا تهدم ، ولا ينتقص منها ولا من حيزها ، ولا من صلبهم ، ولا من شيء من أموالهم ، ولا يكرهون على دينهم ، ولا يضار أحد منهم ..

GEREJA-GEREJA mereka tidak akan diduduki (dirampas) atau dihancurkan, tidak akan dikurangi ataupun dipindahkan. Tidak akan dirampas SALIB dan harta benda mereka, walaupun sedikit.. Mareka tidak akan dimusuhi dan dipaksakan sesuatu atas keyakinan agama mereka, mereka tidak akan diganggu atau diancam walau seorangpun dari mereka..”

Perjanjian ini diakhiri dengan Lafaz..

وعلى ما في هذا الكتاب عهد الله وذمة رسوله وذمة الخلفاء وذمة المؤمنين…

“Apa yang tertulis di dalam perjanjian ini dilindungi oleh Allah, jaminan Rasul-Nya, jaminan para khulafa’, serta jaminan kaum Mukminin.. ”

Perjanjian ini disaksikan Khalid Ibn Walid, Amru Al A’sh ,Abdul rahman Bin Auf dan Muawwiyah Bin Abu Sufian..,

Tarikh Thabari

apakah Keadilan yang ditunjukkan Saidina Umar bermakna Khalifah Umar meridhai dakyah dan kekufuran kelompok Kristian..? Sudah tentu tidak.. ia lambang Keadilan dan Rahmah yang dibawa oleh Islam di dalam pemerintahan..

Apa yang dilakukan Khalifah Umar diulangi Khalifah Salehuddin Al Ayyubi setelah menawan Kota Baitul Maqdis.. Salehuddin Al-Ayyubi tidak memijak, merosakkan simbol agama Kristian.. Juga tidak Solat di dalamnya sebagaimana dilakukan Khalifah Umar.. Walaupun sebelum itu rumah Ibadat, hak Muslim ditindas oleh Kerajaan Kristian..

4. AGAMA DIPOLITIKKAN KELOMPOK ASHABIYAH

Apa yang diriwayatkan di Dalam Hadis Nabi adalah bagi menjaga Aqidah Muslim.. dari Sifat Tasyabbuh.. bukan menyentuh Soal hak Salib kepada Bukan Islam.. Nabi tidak takut kepada simbol salib sebagaimana Kelompok Ashabiyah ini..

Aku menulis ini tidak ada kaitan dengan Soal lambang Salib di Bagunan belampu salib di Pulau Pinang.. cuma membetulkan salah faham agama dikalangan Ummat Islam yang ditakutkan Kelompok Ashabiyah, menggunakan Agama untuk tujuan Politik.. akhirnya mereka telah mencemarkan Nama baik Islam..

Mereka menghimpunkan hadis Nabi, dan membahaskannya jauh dari konteks sebenar semata mata melakukan Tipudaya atas nama agama kepada pengikut dan pendokong Ashabiyah.. inilah yang dilakuka kelompok Extremis seperti Taliban dan ISIS, ia Takda kena mengena dengan Soal Kristianisasi, Agenda Liberal atau Sekular.. mereka Hanya menjadikan ketakutan atas Nama Agama sebagai Alat Politik..

Jauhi Kelompok Ashabiyah dan Khawarij..

 

Catatan Dhuha Jumaat..

Ipohmali

18.Januari.2019