Isu saham : LPPR ‘bersihkan’ nama Azam Baki dari sebarang salah laku

Isu saham : LPPR ‘bersihkan’ nama Azam Baki dari sebarang salah laku. Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) telah membersihkan nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Azam Baki daripada sebarang salah laku berhubung pembelian saham syarikat.

Pada sidang media tengah hari tadi, Pengerusinya Abu Zahar Ujang berkata mereka telah meminta penjelasan daripada Azam berhubung perkara terbabit.

“Pembelian saham itu dilakukan dalam pasaran terbuka pada 2015 dan tidak ada konflik kepentingan,” katanya.

Zahar berkata, lembaga itu berpuas hati dengan penjelasan Azam dan mendapati tiada elemen konflik kepentingan.

“Malangnya, isu itu telah dibangkitkan oleh bekas anggota panel kami, Terence Gomez, ia mengejutkan saya,” katanya.

Zahar sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang surat daripada Gomez berhubung perkara itu.

“Saya sentiasa terbuka untuk membincangkan (isu itu) dengan Terence kerana kita tidak akan bertolak ansur atau melindung sesiapa tanpa mengira jawatan.

“Saya berpandangan bahawa sebarang aduan mesti disertakan dengan bukti kukuh,” katanya.

BACA:

Gara-gara terlalu ghairah fitnah pemandu lori mabuk, inilah kesudahannya
Ini 3 sebab mengapa lampu tandas perlu dihidupkan waktu tidur di hotel
Viral

Artikel ini disiarkan pada 05/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)