Isu pendaftaran AstraZeneca : Benda bole bincang, buat apa nak ‘perang’ – MB Selangor

Isu pendaftaran AstraZeneca : Benda bole bincang, buat apa nak ‘perang’ – MB Selangor

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan bertemu dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berhubung isu tempahan slot vaksin AstraZeneca.

Isu tersebut timbul berhubung kenyataan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) yang menyatakan SELangkah turut memaklumkan bahawa mereka telah membuat tempahan bagi slot AstraZeneca tanpa terlebih dahulu membuat semakan sama ada individu dalam pangkalan data ImuniSEL setuju untuk menerima vaksin AstraZeneca.

Bagaimanapun, pengurusan SELangkah menafikan penglibatan mereka mengenai perkara tersebut.

Amirudin berkata, pertemuan itu bagi menyelaras gerak kerja yang lebih berkesan pada masa depan.

“Saya baru berkomunikasi dengan Khairy tentang kenyataan CITF & Selangkah, terdapat salah faham dalam kenyataan smlm.

“Esok beliau (Khairy) mengundang saya untuk bertemu bagi selaras gerak kerja yang lebih padu di hari muka. Benda boleh bincang kenapa hendak war (perang) di media,” ciap di Twitter rasminya hari ini.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/29/amirudin-bertemu-khairy-esok/