Isu Palestin: Penyelesaian Dua Negara? : Jangan Khianat Wahai Perdana Menteri

Isu Palestin: Penyelesaian Dua Negara? : Jangan Khianat Wahai Perdana Menteri

Perdana Menteri Malaysia membuat perutusan berkaitan Palestin pada 15 Mei 2021 minta agar penyelesaian konflik ini dengan bersetuju dengan penyelesaian dua negara. “Two-State Solution”. Empat hari sebelum itu, beliau menyebut perkara yang sama.

Mari kita pelajari sejarah sepintas lalu. 14 Mei 1948, Ben Gurion Perdana Menteri Israel mengumumkan pembentukan Negara Israel. 73 tahun kemudian, Malaysia melalui perutusan Perdana Menterinya Muhyiddin secara rasmi menyeru kita iktiraf negara haram ini.

Zionis menyerang dan merampas tanah Palestin. Perang Arab-Israel 1948. Arab kalah dan menyerahkan 55 peratus wilayah Palestin dan disahkan oleh PBB pada tahun 1949. Ia adalah satu Malapetaka dan disebut Nakbah. Khomeini mengisytiharkan Jumaat terakhir setiap Ramadhan sebagai hari memperingati Nakbah ini.

Tahun 1967 berlaku Perang Enam Hari. Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria membawa kepada
jatuhnya Semenanjung Sinai, Semenanjung Gaza, Bukit Golan (Syria), Tebing Barat dan
Jerusalem (Baitul Maqdis). Ia adalah kekalahan yang amat memalukan walaupun negara-negara Arab.

Tahun 1993 berlaku Perjanjian Oslo yang dipimpin oleh Amerika. Ia juga adalah satu tipu muslihat bagi meligitimasikan penjajahan.

Perjanjian demi perjanjian dilanggar oleh zionis.

Sebarang usaha bagi mengiktiraf zionis Israel sebagai sebuah negara adalah satu pengkhianatan kepada Umat Islam, Yahudi dan Kristian yang menetap di situ sejak beribu tahun dengan aman.

Sebarang usaha bagi mengiktiraf penjajah zionis yang bertujuan membentuk The Greater Israil (Israel Raya) dan memusnahkan Masjidil Aqsa serta menggantikan dengan Solomon Temple adalah satu pengkhianatan.

Pengiktirafan Perdana Menteri Malaysia melalui Two-State Solution bermaksud beliau mengiktiraf Baitul Maqdis adalah Ibu Negara Israel. Menyerahkan Baitul Maqdis bererti menyerahkan al-Aqsa kepada zionis!!

Walaupun Israel sudah diiktiraf oleh enam negara Arab; Mesir, Jordan, UAE, Bahrain, Sudan dan Morocco, Malaysia tak perlu ikut jejak langkah mereka.

Wahai Perdana Menteri Muhyiddin. Saya ingatkan dengan Firman Allah SWT :
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ
Yahudi dan Nasoro tindakan akan sekali kali redho kepada kamu sehingga kamu ikut cara hidup mereka (millah)

Juga dengan Hadis Sohih
” لا تزال طائفة من أمتي يقتتلون على الحق ظاهرين ، لا يضرهم من خالفهم ، حتى يأتي أمر الله ”
“Berterusan ada satu kumpulan dari umatku yang berperang di atas kebenaran, tiada siapa pon penentang mereka yang mampu memudaratkan mereka, sehingga datang ketentuan Allah”

Malaysia sepatutnya menyokong rakyat Palestin yang dirampas tanah mereka, yang dihalau dari tanah dan rumah mereka untuk kembali mendapat hak mereka. Lalu yang wujud hanyalah sebuah negara iaitu Palestin.

Mengiktiraf sebuah sebuah kerajaan yang diwujudkan secara Haram dan zolim adalah Haram dan satu kezaliman.

PM Muhyiddin juga mesti membuat sidang Khas Parlimen agar isu ini dibahaskan secara terbuka.

Ustaz Haji Mohd Nasir Zakaria
Pengarah Hal Ehwal Syariah
Parti Amanah Negara Negeri Kedah